Wednesday, 4 November 2015

◎◎ Bercuti ke Langkawi ◎◎ Day 1~Part 1

Assalamualaikum,

Berikut merupakan tentatif perjalanan kami suami isteri utk hari pertama. Disini aku akan ceritakan pengalaman, komen, dan jumlah wang yg dikeluarkan Insya Allah.

1 Nov 2015
9.15am  
Bertolak ke KL Sentral dari Sentul. Minta tolong kakak ipar hantarkan. Jalan clear pagi2 Ahad ni.

9.35am
Tiba di KL Sentral. Menuju ke Skybus. Terletak dibawah tangga yg menuju ke NU Sentral

9.38am
Sila ke kaunter Skybus utk tunjukkan internary anda. Ni bukti dah bayar. Nanti org kaunter akan bg tiket bas. Harga asal RM11. Beli melalui ads on Airasia dpt RM9/pax
TOTAL : RM18/2pax


Atas tu resit. Purple tu tiket. Purple tu mmg khas utk org yg beli through online

9.45am
Skybus bertolak. Kami suami isteri duduk asing. Org dh ramai dlm bas. Ok je. X perlu tunggu lama.

OTW melalui Seri Puteri. My alma mater. Sempat tunjuk kat suami. Tmpt aku membesar spnjg bergelar pelajar SBP


10.45am
Tiba di KLIA2. Dlm 1 jam perjalanan. Pemandu bw laju. Yelah jalan clear katakan.

11am
Lepak foodcourt kat L2. Sampai awal. Suami beli kosmo. Nangis igt Ammar.
TOTAL : RM1

Baca kosmo, tgk2 hp. Tgk2 org. Lama lepak sini.

12pm
Menuju ke security check. Landmark : KFC.
Cari bahagian pelepasan domestik di Level 3. Di sebelah kiri. Akan nmpk ramai org beratur di kaunter2 check in. Terdapat juga kiosk check in. Tp sbb dh siap2 print boarding pass, blh terus proceed ke security check.
Akan melalui abg polis. Disini siap2 tunjukkan IC dan boarding pass.
Sampai di security check. Ada dlm 8-10 tempat. X ramai org. Lancar perjalanan.
Sila tanggalkan brg elektronik sprt HP dan barangan besi terutamanya sprt belt, jam tangan, kunci dr badan sblm melalui gerbang bunyi.

12.05pm
Cari signboard elektronik yg tertera jadual pelepasan flight. Cek boarding pass tadi dan cek kod flight. Ini utk memastikan gate mana yg harus dituju. So dah tahu, mcm aku AK6309 di J17.



12.10pm
Singgah beli air mineral dan snickers di myNews. Terkesima jap, apasal ada dlm 5org depan aku beli roti gardenia yg RM0.80 tu dlm 30++. Nak berniaga kot kampung.
Total: RM6++

12.20pm
Pier J17. Hujung dunia. Letih jalan. Jauh betul. Dh lama x jalan jauh mcm ni. Nangis lg teringat Ammar.
Masuk je J17, serahkan IC dan boarding pass kpd pekerja Airasia. Dia dh koyakkan separuh kertas, bolehlah duduk jap. Ramai org nak ke Langkawi. Depan kami ada sorg laki muda. Katanya nak gi IV. Wow. Mcm best je dpt kerja kat Langkawi.



1.00pm
Boarding. Lewat dr waktu sepatutnya. Beratur panjang. Dlm flight, cari seat. Dah duduk jgn turunkan meja, jangan tutup tingkap, jgn turunkan seat b4 take off. Time kat atas nanti br boleh buat

1.20pm
Take off. Laju oo. Tgh sit straight boleh tertolak ke belakang. Bergegar. Pegang kuat2 tgn suami. 1st time lah katakan. Bila kat atas mmg WOWWWWW. Alhamdulilah, impian tercapai utk naik flight.
TIPS: Jgn ambil seat sebelah wing. Terhalang byk lah juga pemandangan yg indah. Aku pergi balik sblh wing. Huhu

1.50pm
Landing. Sekejap je. Mmg tiba pada masanya.
Mai dah tangga


2.35pm
Car rental dgn abg2 kat luar airport. Aku silap. Patutnya straight gi kaunter b4 keluar dr pintu arrival. Takpelah. Takde rezeki nk menyewa dr kaunter2 tu. Dok harap jgn lah kene tipu. Sbb once dh keluar dr pintu arrival, xleh masuk balik. So redah tanya, "Abg ada sewa kereta tak?" Sbb duk dgr dia ckp car rental. So dia bawa kami kat kwn dia. Suami muka dh kelat. Aku buat2 sabar n harap terbaik. Terus abg tu offer bg Almeera RM160/ 2 hari. Dia ckp kereta baru Almeera ni. Tanya ada kete lain x. Ada myvi n viva lama. Oklah aku paham. Mmg dia nak sewakan tu juga. Redha, isi resit. Dapat kunci, namecard and peta. Kami ke kereta. Kwn dia drive ke arah kami. Besar, biru n baru. Cek aircond n radio ok. 3 bar minyak. Kami jalan. Alhamdulilah puas hati. Tanya b4 tu ada permit x. Abg2 tu ckp, org kita bw takyah risau pasal permit. Aku buat2 paham. Abg ni x ambil deposit. Gila! Kalau kami tgl je tepi jalan nanti br nyesal.

Kaunter car rental. Yg selebihnya tu agent utk travel n tourism. So tak byk sebenarnya. Aku igt byk yg blogger lain katakan b4 tu dlm 10++. Tu sbb aku x yakin yg ini. Aku pun yakin jalan menonong. Ada hikmah. Yelah suami aku pun dpt merasa Almeera yg diidamkan selama ni.



Continue.......




No comments:

Post a Comment