Sunday, 22 November 2015

Cita2 & Harapan utk Anak

Assalamualaikum,

In general aku harap anak aku membesar dengan sihat, gembira, normal, pandai dalam pelajaran, mempunyai kawan2 yg baik disampingnya, soleh, berakhlak, pandai buat kerja luar dan rumah dan of course mencintai Allah dan Rasul.

Simple yet ....... Hurmm

Dalam mencapainya aku nak kene didik dia ke arah itu. Tiada yg sempurna, aku tahu tu. Tapi kita harus berusaha ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Manusia ni matlamat hidup jelasnya nak tenang dan bahagia. Baik dr kewangan, kesihatan, cinta dan lain2.

Dulu time bujang aku menyimpan hasrat agar anak aku nanti dia suka dgn hidupnya, meneroka bakatnya, enjoy dan happy selalu. Takde sikit waktu pun dia x hargai akan hidupnya. Berguna pada diri dan juga org lain.

Oleh itu, apbl dh ada anak ni. Aku hanya merangka2 dlm kepala apa yg bakal anak ini hadapi dlm hidupnya sbg aku pendamping paling setia.
1) Anak yg tahu buat kerja rumah mahupun luar
2) Mendapatkan sesuatu atas usaha dan kelebihannya
3) Merangsang anak utk mendekati pelbagai aktiviti menarik selain sekolah dan rumah
4) Sentiasa menjadi anak yg mencintai ilmu

Aku ingin anak aku tahu tanggungjawab. Apa yg dia mampu dan boleh buat dalam kudrat dan kemampuannya. Seperti contoh seawal usia 1 tahun Ammar dah pandai tutup pintu. Dia boleh menerima didikan dan arahan. Dan bayangkanlah jikalau Ammar boleh dididik utk melakukan kerja2 rumah, ia pasti menjadikan dia seorang anak, abang (Insya Allah), cucu yg berguna dan membanggakan.

Perkara sprt ini tidak dtg percuma. Jikalau skrg hadiahnya ialah pelukan dan ciuman, akan dtg atas kerja yg lbh berat dia memerlukan lbh dr itu. Mungkin upah atau hadiah. Ia nmpk sprt x ikhlas, tp apapun ia perlu dibiasakan. Ikhlas akan dtg kemudian. Aku yakin itu.

Hasil dr anak yg bertanggungjawab, dgn hasil upah yg diperolehi, aku ingin mendidiknya utk menghargai kepunyaannya. Terutama dr brg2 yg dimiliki hasil usahanya sendiri. Sbg contoh apbl tiba masa dia ingin memiliki beg, pencel box, dll, dia perlu mengeluarkan wang tabungnya sendiri. Belajar yg semua benea didunia ini hanya mampu dimiliki apbl kita berusaha. Belajar menghargai dr awal. Belajar utk tidak membazir.

Aku mahu anak aku terdedah dgn pelbagai aktiviti. Sukan, muzik, aktiviti keagamaan dan masyarakat. Menunjukkan dlm hidup ini ada plbg benda kita boleh arahkan. Bukan tertumpu pd sekolah dan rumah semata2. Ia lebih kpd memenuhi masa terluang dgn aktiviti berfaedah.

Akhir sekali, aku mmg teringin sgt ada library dlm rumah. Memupuk rasa cinta, suka membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Dan pastinya tidak ketinggalan, ruangan solat keluarga. Pasti indah dan bermakna sekali dpt tunaikan 2 ruangan penting ini dlm sesebuah rumah.


Ruangan solat
Ruangan library






No comments:

Post a Comment