Baru2 ni terbaca post senior kat FB pasal long term planning utk anak dia. Kesannya, aku mcm ter eh eh eh,
"apa aku nak utk Ammar?"
"apa yg aku prepare?"
"apa yg aku didik dlm diri dia?"
"paling penting apa Allah nak dr aku utk anak aku ni?"
Time aku dgr ceramah Tanyalah Ustazah hr tu, buat aku betul2 terkesan. Bagus penyampaian ustazah tu. Apa yg aku faham dan dapat ialah:
1) Didik anak kita lakukan, niatkan semua kerana Allah
2) Jadi penyokong, pembimbing no 1 utk anak
3) Terapkan masa atr Maghrib dan Isyak utk aktiviti Islam dlm keluarga
4) Jgn berharap pada anak apbl berjaya/dh besar nanti utk balas budi parents
Aku nak olah 4 point ni. Walau aku bukan ustazah aku nak kongsi ikut pemahaman aku as ibu.
Kadang2 ibu bapa nak anak itu lakukan sst sebab itu yg mereka nak. Atau biasa dgr, dulu kita x dpt capai impian menyanyi kita nak anak kita penuhi impian tersebut. Atau biasa juga sbb kita doktor, kita nak anak kita jd doktor. Tak salah kalau anak memang berkongsi impian atau cita2 yg sama, tapi kalau tak, camne tu? Kita menyeksa dia atas benda yg dia x nak. Dan lakukan semata2 utk tidak hampakan org yg telah membesarkan dia. Kan dah salah niat anak tersebut. Takut2 apbl dia berjaya capai, kita bangga, dan dlm diam si anak terseksa dan menaruh dendam pada parents.
Kita dulu pun sama. Belajar sbb exam. Lps tu lupa. Niat salah. Aku suka cara ustazah tu buat dialog.
"Along belajar rajin2. Allah suka org yg belajar, menuntut ilmu."
Ayat ni mcm leceh, mcm bosan. Aku dgr 1st time pun mcm erkkk. Tapi entah knp setelah ustazah ulang 2 3 kali lbh kurg dialog yg sama, menjurus kpd perkataan (Allah suka) hati aku terbuka, rasa lapang, rasa kuat. IA AYAT YANG HEBAT. Mmg wajib diguna pakai dlm semua ayat yg hendak disampaikan kpd anak.
Apa yg ustazah tu ckp mmg betul, apbl kita duk ulang Allah suka, Allah mahu, Allah nak. Ia ada lah satu tali, pegangan yg kukuh dlm hati anak terhadap hidup ni. Mmg betul at the end semua perbuatan adalah krn Dia semata2. Bukan sbb kita nak, bukan sbb apa yg parents suka.
Point no. 2 ialah mengenai kita sbg ibu bapa menyokong, membimbing anak2. Kalau dia suka nasyid, sokong dia jd penyanyi nasyid sekolah. Kalau dia suka debate, bantu dia bg idea atau dgr hujahan dia. Pendek kata be there. Nak kritik boleh, jgn kondem. "Elehhh along suara mana sedap. Tak yah lah join. Baik tolong ibu lg ada paedah." Kan dah mematikan smgt dia. Dan kepercayan dia utk berkongsi minat dia in future. So jgn salahkan anak kalau dia dh start jauh. Kalau betul benda tu x baik, x sesuai terang jelas2. Bg contoh. Tunjuk. Jgn terus larang. Ni peringatan utk diri sendiri juga sbnrnya. Yelah benda x jd lg kat aku. Ahahhahaha.
Utk yg ke 3. Yg part ni mmg tahu, buat x juga. Alasan sbb time nilah suami nak mkn. X kn nak kacau time makan. Ehehe. Makan utk jasmani igt, rohani? Apa ustazah tu ckp time ni kongsi nasihat, tazkirah. Isnin ayah bagi, selasa ibu, rabu anak pula. Dan seterusnya. Buat jadual. Kadang2 time ni nak igtkan ttg rules rumah. Kongsi hal semasa. Aku tgk cite org putih, start anak nak akil baligh dia terangkan ttg benda yg berkaitan, ttg minat kat opposite gender. Apa yg boleh, apa yg x. Menunjukkan anak2 tahu dulu dr kita. Bukan dr internet bukan dr kawan or tv. So kalau ada apa2 yg mengganggu hati perasaan dia akan rujuk kita. So be open time ni.
Part last ialah, semua manusia sepatutnya berharap pada yg Esa. Punya terap kat anak buat semua sbb Allah suka. Tuptup bila anak nk masuk Uni kita cakap kat dia, "belajar rajin2. Nanti boleh balas jasa tlg ibu ayah." Kan dah x ikhlas tu. Hmm kita patut berusaha. Anak yg dh berjaya dunia dan akhirat menunjukkan kita berjaya menjaga amanah Allah dgn baik. Kita tawakal pada Allah dlm mengharapkan balasan yg baik2 utk kita perents didunia dan akhirat kelak.
Oklah panjang lebar entry kali ni. Sekadar berkongsi, peringatan utk diri sendiri.
INSYA ALLAH