Thursday, 12 March 2015

Mencari Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum,

Apabila semangat yg dulu nya membara mula malap, aku sedar ada satu sebab utama. Jauh dari Allah. Alasan penat bekerja, menjaga Ammar bukan lh suatu alasan yg kukuh. Rutin harian yg berubah semenjak menjadi guru ni, buat aku hilang fokus dan bermalas-malas. Padahal ketika menganggur dulu, aku betul2 mengharapkan peluang pekerjaan. Merasakan hidup sebagai suri rumah bukanlah bidang yg aku mahukan.

Hampir 3 minggu aku menjadi guru sejak 16 Feb yg lalu. Aku cukup bertuah kerana

1) aku ada kwn rapat dan kenalan di SMKSU
2) aku masih ada pelajar yg mengenali dan menghargai kehadiran ku
3) aku mengajar subjek matematik dimana jauh lebih ok dr sivik,sains,BI,seni
4) aku bawa bekal mknn setiap hari
5) mempunyai collegue yg ok bg aku

Pendek kata semua ok, just aku yg mahu bersungguh2 atau take for granted utk semua ini. Menjadi guru ganti tidak lama. Hanya 3 bulan sahaja. Atas kesedaran itu menghasilkan 2 perkara. Positif dan negatif.

Positif
Aku perlu menghargai saat ini. Merasa nikmat menjadi guru, merasa sendiri pengalaman alam pekerjaan, yg mungkin lps ni aku akan kehilangannya semula. So adalah wajib utk bersungguh2. Give the best n no regret. 

Negative
Sebab aku sedar jg aku x lama, aku jd malas nk bersungguh2. Lps ni dh x jumpa dh diorg. So takpelh kot. Lantaklah. Bukan aku dpt kenaikan pangkat ke apa. Asal dapat gaji cukuplah. Mmg itu pun target aku nk keje. Nk banyakkan balik duit simpanan kat maybank yg tinggal 200 lebih je skrg. Disamping perasaan yg aku bukan dpt gaji berkepuk mcm guru tetap nk beriye sakan jd guru. Korg lainlh, gaji byk, pastu ambil kesempatan nk x nk mengajar. Mmg x patutlh kn. So aku assume aku layaklh nk bermalas2.

Tapi hakikatnya aku x hepi bila aku x bersungguh2. Rasa looser, helpless, x berguna, hampeh, kesian budak2 dpt cikgu math mcm aku, membazir duit kerajaan bg gaji kat org mcm aku, gaji x berkat. So nk x nk inilh aku. Tersekat disini, memikirkan cara terbaik utk menjadi guru yg baik dan at least murid ada lh jg ingat n faham satu dua benda yg aku ajar.

Perjuangan baru bermula, walaupun aku dh tahu bila penamatnya, iaitu 12 Mei nanti, tapi aku mahu berikan terbaik. Student deserve a good teacher. And I need to give them that.

Gaji sentiasa menjadi kunci utama, tapi utk spnjg tempoh 3 bulan ni aku simpankn ia jauh dilubuk hati. Ya aku mengaku, tangisan ku sbnrnya menjurus kpd perasaan sedih sbb x bergaji, income yg tinggi mcm org lain, tapi nak buat mcm mana. Ini jalan yg ku pilih. Hanya mampu bersyukur dgn apa yg ada sekarang. Dgn harapan pengalaman x bergaji@gaji ciput ni buat aku sedar yg if ditakdirkan suatu hr nanti aku berjaya n byk duit, aku tahu menghargai duit dan faham perit n sedihnya bila berada dibawah. Bila aku x mampi nak berbelanja mengikut kemahuanku, bila aku x mampu nk berikan brg branded utk Ammar. Despite of that, I survive n still living. Alhamdulilah. 


No comments:

Post a Comment