Sunday, 22 March 2015

Mak 62 Tahun

Assalamualaikum,

Syukur pinjaman Allah mengurniakan kami seorang mak yg baik, penyayang, beriman, akhlak mulia, bijak, berharta, sihat, pandai masak dan banyak lg. Genap umur mak 62 Tahun Sabtu semalam. So kami buat aktiviti makan2 tadi. Buat doa selamat yg simple diketuai Abg Zul, makan2 dan solat berjemaah diimamkan oleh suamiku. 

Alhamdulilah majlis makan2 ini berjalan lancar walau air sirap x cukup, lauk x mengancam (sebab air tangan kakak2 aku,mmg xleh lawan masakan mak..ahakzz). Tapi jauh disudut hati, aku tahu mak gembira dan puas hati hari lahirnya disambut sebegini simple. Cukuplah anak2 dan cucu2 disisinya. Cuma Abg Lim sekeluarga x dpt hadir. Kereta Kelisa milik Kak Lija hilang di Putrajaya. Menambah pening mak memikirkan nasib Abg Lim dlm menghadapi situasi ini. 

Kul 2.30PM Mega sekeluarga pun dtg, diikuti Kak Ida n Alang. Mak dah penat time ni. Yelh mak masak ayam pencen kul 4AM. Takleh tido katanya. So bergilir2 Kak Ita, Hasni n aku melayan mereka. Nasib Kak Ida blh bw diri n borak2 dgn Mega n Alang. 

Makanan yg ada ialah, kek buatan kakak ipar Hasni, apam balik Kak Lin, Nasi Ayam abg Zul, mee kari Kak Ita, ayam pencen rendang Mak, agar2 bandung santan Kak Ita dan air sirap aku. HOHOHO.

Kehadiran Kak Ida yg lewat tu ada hikmahnya. Dia tlg cucikan pinggan2. Aku x suruh pun, dia yg nak buat sendiri. Mmg selalu pun mcm tu bila dia dtg rumah aku. Offer jd tukang cuci pinggan. KIKIKIKI.

Semoga mak sihat selalu. Pengorbanan mak tak kan pernah adik lupakan. Dari zaman budak, remaja, masuk U dan sekarang dah jadi mak org dah pun. Tgh aku sibuk membesar, mak pun sudah semakin lanjut usia. Hanya Allah dapat membalas jasa mak.

P/s: Esok dah start keje...


No comments:

Post a Comment