Sedih mengenangkan Malaysia ni ditadbir oleh pemimpin yang lahirnya dari keluarga yang senang. Dia tak mengerti kesusahan, keperitan rakyat yang memaksa diri untuk berjimat, bertenang, cut cost, bersabar dan pelbagai ber lagi. Banyak kedengaran keluh kesah rakyat di laman FB terutamanya. Aku pun rakyat biasa yg mampu membaca dan mengeluh didalam hati. Sampai ada ketika, keadaan kewangan yg menjerut leher dan membataskan segala perbelanjaan bulanan ini, membawa kepada hormon kecewa, moody dan geram sepanjang waktu. Sedih dan rendah dirinya bila terpaksa bawa bekal setiap hari. Tapi still ada rasa bangga sbb mampu berjimat tang belanja makanan harian. Keadaan yg mendesak ini, sampai ada ketika aku rasa mcm nak rendahkan standard susu Ammar. Igt nak beli Dupro je. Murah yg amat. Pampers tak yah cakap, mmg murah dah.
So sempena GST yg tak lama lagi melanda, suami ada ajak gi Mydin nak beli apa2 yg patut, yg boleh dibuat sbg stok. Aku mmg dah aim pampers je. Yg lain suami yg fikirkan. So akhirnya, suami ke Mydin sendiri. Beli berus gigi, ubat gigi. Aku pula pergi borong dalam 3 Pampers Fitti.
Aku pun semangat nak shopping handbag, so semangat ke Festival City. Last tak beli pun, sbb duk fikir beg tangan yg RM100 tu boleh beli banyak keperluan Ammar. Last2 beli mainan bola Ammar. Harga dia RM24. Memang mahal, tapi sbb compare dgn harga handbag RM100 tu, mmg murahlah bola Ammar tu. Pastu duk belanja diri Subway dan Sushi King. Memang ngadap benda ni jelah. Makan puas2. Tgh bernafsu besar dgn Subway dan Sushi King ni.
Pendek kata, duit keluar mcm air. Sobsob. Sian suami cari duit susah, isteri habiskan macam tu. Ampun Abang. Pandai2 lah aku survive duit belanja aku yg RM200 sebulan tu. Tulah duit minyak, makan, barang keperluan Ammar, belanja benda bukan2. Bertahan sajalah Mizah. Apapun, Najib, menjawablah kau diakhirat nanti atas keperitan rakyat, selepas kemewahan dan kesenangan kau didunia ni.