Thursday, 29 January 2015

Suami outstation ke bumi Kelantan

Assalamualaikum,
Hujung tahun 2014 ni Malaysia diuji dengan musibah banjir teruk di negeri Kelantan. Selama ni mmg biasa dgr Kelantan banjir. Cuma tahun ni agak terkesan apbl kwn rapat dan ibubapanya menghadapi sendiri malapetaka ini. Igt lg apbl Kelantan dilanda banjir aku mesti tanya keadaan sahabat nun di Gua Musang. Dan stp kali itu lh dia kata sini ok je. x banjir. Aku pun lega dan takde apa yg nk disedihkan bg mereka yg menjadi mangsa banjir. Yelah sbb aku bukan kenal pun mereka yg jd mangsa banjir. Tapi thn ni belum sempat aku bertanya khabar kwn ku sendiri mengadu kesedihan. Gua Musang tanah yg kebal selama ini menjadi pulau daratan dlm tempoh cukup singkat. Allahurabbi. Meremang aku menaip entri kali ni. Aku byg kn org yg x pernah ada pengalaman menghadapi banjir kini perlu menyelamatkn nyawa kerana air telah mencecah sehingga bumbung rumah. Harta benda musnah sama sekali. Sebak rasanya apbl mengetahui ibu bapa kwn ku ini hanya berdua di rumah. Ayah yg lumpuh dan ibu yg sudah tua mmg memerlukn bantuan jiran tetangga. Pelbagai lg kisah sedih menyayat hati menjadi viral di fb. Tak terbyg nasib mangsa banjir. Dan kali ini aku betul terkesan mengenangkan penderitaan mereka, org yg x pernah ku kenali. Mungkin ada satu dua kisah yg ditokok tambah utk menyedapkn cerita tp yg pasti Kelantan benar2 diuji.

Pada suatu Ahad pagi suami mendatangiku lalu memberitahu, "kalau abg bgtahu ni mesti Mizah marah." Lalu meninggalkan ku terpinga2. Aku bertanyakn semula dan suami beritahu, "abg kene gi Kelantan. 2 minggu." Aku terdiam sekejap. Cuba memproses dan fikir reaksi apa yg harus aku tunjukkan. Dlm hati sempat terdetik knp aku harus marah. Hahaha nmpk sgt aku ni type isteri xleh kene tgl dgn suami. Aku tanya bila kene gi. Suami jwb esok atau lusa. Seriously aku ok. Mmg sedar akan kene tgl dua minggu. Kene jg Ammar sorg2. Hari weekend yg keseorgn tp serious aku ok. Teruk kot kesan banjir di Kelantan. Klu bukan org mcm suami aku pergi melaksanakn tugas nya siapa lg. Aku pun nk lihat Kelantan kembali pulih. Walaupun suami nmpk mcm paksa rela aku yakin itu adlh atr sumbgn dia kpd msyrkt. 

Maka berangkatlh suami ku pada hari Selasa 13 Jan. Aku menghantar sendiri suami ku ke DRB Hicom Shah Alam tmpt mereka berkumpul. Suamiku smpi sana pd lewat mlm. Stay di homestay bersama sorg lg penyelia dr Pahang. Rumah itu jg turut diduduki bersama belasan pakerja warga Pakistan. Kata suami cuaca pagi dan di mlm hari cukup sejuk. Manakala diwaktu siang cuaca terik dan berdebu. Suami sendiri simpati melihat mangsa banjir yg tidak memakai topeng. Masih jg ada atr mereka yg stay di pusat sementara krn rumah telah musnah sepenuhnya. Smpi bila mereka di situ hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Dan persoalan ku bgmn mereka mahu memulakan kehidupan krn aku tahu kbykn mereka berpendptn rendah. Simpati ku buat mereka.

Doa ku semoga Allah memudahkan urusan mereka, murahkan rezeki mereka dan semoga Allah kuatkn iman mereka dlm menghadapi ujian ini. Amin


jambatan roboh

suami pada hari ke 11 

bersama rakan penyelia


No comments:

Post a Comment