Assalamualaikum,
Aduhai perasaan cemburu tolonglah main jauh-jauh. Nampak sangat aku banyak masa untuk melayan perasaan jahat ini. Cemburu bukan pada suami, tapi pada rakan sebaya. Normal kan apabila melihat orang yang sama-sama membesar dengan kita dulu, kini hidupnya jauh lebih baik dan kehadapan dari kita yang masih tersekat didunia fantasinya sendiri. Aku terlalu selesa dan takut untuk keluar dari kepompong tertutup ini. Akhirnya orang lain dah mula berniaga, siap buka kedai sendiri lagi. Ada kawan rapat ku, kami sama-sama sambung belajar tapi dalam kos yang berbeza. Rezeki dia, kos itu membuahkan hasil untuk dia bekerja dalam bidang yang boleh aku katakan, menguntungkan sebagai manusia dan wanita yang berkeluarga. Gaji pun masyukk. Dan sekali lagi aku terperangkap dalam perasaan yang jahat ini. Tak kemana-mana. Moga melalui terapi ini aku melihat dari sudut yang berbeza akan diriku sendiri. Bosan lah untuk melalui perasaan yang sama saban tahun. Umur makin meningkat dan aku mahu keluar. Mungkin blog ini akan menjadi salah satu pemangkin kepada hidupku. Better late than never. Menulis memang sudah lama menjadi keinginan ku. Oleh itu apa kata tahun menjadi bukti yang beluncas cuba keluar dari kepompongnya utk menikmati dunia. Buruk atau cantik kah aku sebagai rama-rama, biar aku sendiri yang menilainya.
No comments:
Post a Comment