Tuesday, 18 December 2018

Big Bad Wolf 2018

Assalamualaikum,

Sekejap dah hujung tahun 2018. Tahun ni tak banyak menulis. Rasa ralat lah juga. Banyak terlepas catatan yg layak dikatakan memori, kenangan yg indah, pahit, manis. So nak cerita. Ni kali pertama ke BIG BAD WOLF (BBW). Selama ni dgr je. Tapi bila nampak kenalan yg upload gambar buku yg ada, rasa terpanggil sgt utk pergi. Dan ternyata mmg best, besar sgt tmpt jualan buku. Utk peminat buku mcm aku, rasa mcm nak berkampung je kat sana. Nama pesta buku dia pun english, so kebanyakan buku berbahasa Inggeris.

Apa yg bestnya, banyak sgt buku, yg kalau kat kedai luar harga dia jauh lebih mahal. Contoh buku kanak2, novel remaja, atau buku self improvent, pernah nmpk paling murah RM25, kalau di BBW dlm ringgit2, belas2 ringgit dh blh dpt.

Seronok nya lagi, dia ada ribuan pilihan buku, siap sample. So boleh usha content dulu. BBW ni diadakan dlm tempoh yg lama dlm seminggu lbh mcm tu. Buka 24jam. Kawan aku ada yg gi malam2 buta ada yg lps subuh. So oklah. Kene masa org tak ramai, heaven je nak parking, bayar buku kat counter, jalan pun x jem. Kalau saja2 nk tgk time peak hour, weekend lak tu mmg insaf kau. BBW buat kat MIECC. Aku gi cari kat The MINES mmg xde lah yob. Sabar jelah.

Apa pun buku mmg best, esp ada anak2 kecil. Rambang mata mak pilih buku2 menarik yg Insya Allah anak2 mesti suka punya. Time ni lah nak bagi pendedahan bahasa Inggeris dlm bentuk buku yg ceria dan menarik. Mmg berbaloi walau hakikatnya jauh juga lah dr Sentul ni nak ke MIECC seri Kembangan sana tu. Tahun depan kalau ada lg cepat2 gi. Supaya tak terlepas buku2 yg best. Yelah sold out ramai sgt org dtg, siap jd personal shopper, mana tak hbs sekali angkut 2 3 troli. Hahaha..

Ni belanja gambar..

Ni pergi malam weekend, so susah sikit nak conquer tmpt wajib  bergambar

Dalam RM100++ habis. Tapi mmg hepi mmg berbaloi. Tiap2 hari ngadap.


Friday, 22 June 2018

Selamat Hari Raya 2018

Rasukan baju raya. Balas balik tahun 2017 xde baju raya sbb pregnant







Friday, 4 May 2018

Wallpaper bunga pink rumah Nenek

Assalamualaikum,

Hidup sebagai suri rumah anak 2, selalu mengundang rasa bosan sebab tersekat dgn rutin harian yg berulang sama. So sejak awal bulan April aku join group deko barangan Eco dan Mr. DIY dalam FB. So atas inspirasi aku pun rasa seronok nak hias rumah sendiri. Bila rasa dah puas, kita deko rumah mak aku pula.

Niat asal nak tampal wallpaper kat dapur and carpet buluh. Bila balik, duk belek2 rasa bestnya kalau raya nanti dapat dinding meriah. Beli dlm 5 roll. 45cm x 5meter RM11.90 kat MR DIY. Igtkan ok lah murah dari Kaison. Rupanya Kaison 10m RM19.90. Tak apalah, kebetulan corak ni mmg paling cantik n kat Kaison pun x ada. So taklah ralat sgt.

Gambar sebelum. Saja tangkap gmbr paling huduh..

Gambar selepas. Memang puas hati

Bagi jelas corak yang cantik sgt kononnya tu...


Nak pasang wallpaper tips nya ialah:
1. Sediakan spray berisi air sabun.
2. Ukur dan gunting siap2
3. Make sure match kan pattern dgn baik so nanti hasil kemas dan cantik.
4. Sediakan kain utk buang segala gelembung time bagi lekat kat dinding

Sunday, 26 November 2017

Harapan si Ibu

Assalamualaikum,

Lama aku tenung wajah tenang Aqeel yg sedang tidur. Apa yang aku harapkan dari dia tak penting. Apa yg aku mampu aku berikan yg sbnrnya menjadi tanda tanya. Sebab hari ke hari anak ini semakin membesar dan masa tak akan undur balik. Adakah aku dah berikan yg terbaik? Aku dah beri makan,pakai,mainan, masa utk didik dia, bykkan berbual, dan itu br peringkat bayi. Nanti dia akan menjadi kanak2, kemudian alam tadika,sekolah rendah dan menengah. Mengajar dia kerja rumah,mengaji,mengenal huruf,nombor,warna dan seterusnya membaca. Byk harapan kita, tapi sudah byk kah kita memberi?

Berkerut tidur. Apalah ada dlm mimpi mu sayang?

Sedih tgk gmbr ni. Muka mcm dah redha selalu kene marah


Sedih igt anak sulung asyik kene marah. Betul lah mmg lain anak sorang dgn anak lebih dari sorang. Tak pandai gaya mmg asyik mendapatlah si sulung tu yg suatu ketika dulu cukup disayangi, cukup istimewa. Bantulah aku Ya Allah. Anak adalah amanah, bila2 masa boleh diambil semula.

Thursday, 9 November 2017

Mak Anak Dua

Assalamualaikum,

Memang benarlah kata org, tak sama jaga anak sorang dgn anak lebih dari sorang. Stress dia makin bertambah. Aku cakap direct je. Tapi deep down I do love my life now. Sebab redha kot jadi SAHM. Apa barang tulis suri rumah. Kampung. Kita pinjam ayat org puteh.

So hari2, rutin yg berulang, aku syukur sbb impian nak duj rumah sendiri,milik aku sepenuhnya telah dimakbulkan Allah. Tak sangka hari ini akhirnya tiba. Rezeki, walaupun datang asbabnya mak kasi, ia tetap rezeki. Alhamdulilah dikurniakan mak yg berfikiran jauh, siap buat rumah utk anak2. Yelah ada mak org lain sayang anak, bawa gi berjalan, bg duit poket, tolong jagakan cucu, tp mak aku bg rumah. Alhamdulilah.

So berbalik pada rutin mak anak dua. Sorang 3 tahun 2 bulan, sorang 4 bulan. Uih time nak masak,nak mandi, nak susukan anak, nak makan, nak solat, nak jemur kain, nak terberak semuanya perlu ada keprihatinan yg tinggi, bijak dan cpt membuat keputusan dan bersedia menghadapi after effect. Aduhai. Nak shampu pun kene fikir 2 3 kali. Syukurlah si abang masih dlm kategori mendengar cakap, boleh dipercayai dan tak tantrum pelik2. So dpt lah jalani hari yg hectic dgn tone suara yg jarang tinggi.

So si adik dh di level meniarap. Terlentang dia x selesa, meniarap dia lagi x selesa so menangis jelah kesannya. So as sahm kita duk cek Pinterest nak cr idea utk bg aktiviti si adik lebih ceria bila ditingalkan sendiri. Sampai kesudah, carinya banyak, buatnya belum. Hanya mampu ber hohoho jelah.

Kesian dgn si abang yg selalu main sendiri, kita tambah kan lagi mainan baru bg dia hepi, tapi kita sedar hakikatnya mainan tu semua tak dpt menggantikan kehadiran kita disisi si anak. Aduh bersalahnya rasa.

Ibu minta maaf anak2. Ibu masih dalam fasa tercari2 utk membahagikan masa dgn baik utk kalian berdua. Semoga hidup ini lebih baik dan tenang lepas ni.

Sunday, 29 October 2017

Pengalaman Potty Training Ammar

Assalamualaikum,


Hari Pertama
Bermula hari Jumaat. Pukul 11.30pagi aku buka pampers dia dan minta dia kencing ditandas. Dan dia pun kencing. Dlm hati berkata, "aikk senang je rupanya". Ikut bacaan dr artikel google, hari pertama setiap 15MINIT ke tandas. So kita cuba. 11.50pagi, pergi lagi dan anak kencing juga. Hati berbunga2 tgk. Rasa mcm "serious xde lah susah pun". Ammar pun bg kerjasama. Aku suruh jirus lantai dia jirus, dia basuh kemaluan dia basuh. Basuh tangan dan kaki pun dia turutkan. Cuma dia tak nak pakai seluar je. So biar bogel bawah jap. Last2 pujuk pakai juga. Rules 15min lama2 jd atr 15-30min. Letih aihhh asyik mengadap tandas je.

Tiba time tido siang dia, aku x pakaikan pampers. Bajet x nak dia confuse skjp pakai skjp tak. Aku pun blh monitor bila dia kencing lps hbs minum 1 botol susu tu. Tido dlm buaian. So lantaklh kuyup ke apa. Aku lapik surat khabar siap2 kat bwh. So, melalui pemerhatian, dia akan kencing dlm 25 min lps minum mcm tu. Kuyup2 pun 2 jam lebih dia tido. So oklah. Continue petang, debar je x berak2 lagi. Ajak kencing lps bgn tido tu, dia kencing. So ok lah. Dlm 2x ke tandas. Lepas tu bila kat dapur lps 10min mcm tu, dia terkencing dlm seluar. Tu 1st time dia terkucil dlm seluar. Dia buat muka pelik dia ada benda basah kat seluar n lantai. Aku rilex je time ni walau sedikit hairan sbb br je gi tandas n kencing 2x. Lps tu lap lah apa patut. Tiba2 nampak dia nyorok2. Mencangkung bagai. So pahamlah. Signal utk berak dh sampai. Aku bawa dia. Dan dlm 5 min lebih lepak dlm tandas, dia pun buang hajat. Berak berdiri. Aku kutip dgn surat khabar buang dlm jamban. Suruh dia jirus. Dan bye2 berak dia. So oklah. Cuma kecik je berak, so ada potensi nak berak lg.

Tiba malam, aku yakin je x nak pakaikan pampers. Mak aku dh bebel ckp, malam mmg kene pakai. Aku x nak. So ambik kau, anak aku terkencing 3x kali kat dlm bilik. Bila dh malam, motivasi agak down, mengantuk lagi, dh letih seharian fokus kat dia, duk debar kene igtkan dia je. Ye lah mcm 1st day msk kerjakan. So mlm tu mcm dh x dan nak ligan dia. Last2 bila asyik terkencing, Ammar pin dah kene marah, nangis2 dia. Kesian aku tgk. Dia mcm trauma ke, sedih dan takut pun ada sbb terkencing. Tp bila sekali bawa tandas, dia nak berak lg rupanya. So patutnya oklah. Tp masih lps tu dia mcm x leh nak lelap. Sekejap kesana, kesini. Aku dah ngantuk, tp kepala duk risau kang aku tertido, dia kencing merata2 pula. Aku pun last2 give up pakaikan pampers. 1st time Ammar tido dlm 12 lebih.

Hari Kedua
Aku dh letih. Entah rasa benda ni menyusahkan diri sendiri. Cerita malam tadi mcm terbawa2 ke hari ni. Risau sgt bila pikir, dia paham ke, kalau nak kencing dan berak tu kene ke tandas. So aku cuba kuatkan smgt. Mak aku dh kata pakai jelah pampers. Sabar jelah mak aku ni. Dan dia terkencing kat dapur. Aku pun lap. Aku mmg rasa letih. Just pendam rasa, jgn marah2. Keep on ajar je dia. Ckp baik2, igtkan baik2 kat dia. Ammar tgh belajar dan ini hanyalah hari ke2. Lps tu x disangka2, dia pegang kemaluan dia dan tunjuk kat aku. Ia petanda yg baik. Dia dh tahu utk rasa dan tahan. So cpt2 bawa tandas. I'm proud mom. Mungkin betul ckp org dr blog2 aku bc, lg bul anak accident diluar tandas, lg cpt dia paham yg dia perlu ke tandas utk membuang dr biarkan seluar basah.

So waktu tido siang aku pakaikan je pampers. Sbb walaupun mlm td tido berpampers, siang ni dia sendiri ada dorongan utk ke tandas. So oklah. Anak aku x confuse. Dia sendiri merasakan dia perlu ke tandas.

Waktu malam, dia keluar masuk tandas utk kencing. Aku tanya je, dia cpt ke tandas. Aku igt dia saja nak main air. Ada dlm 5x. Aku letih dh, tp sbb aku layan je hadap dia main air, asalkan baju x basah. Tp mmg stp kali masuk tu, dia kencing. Aku rasa dia mcm paksa utk kencing, nak bg aku tgk, nak bg aku percaya, nak bg aku bangga. Sbb mesti dia senyum2 lps kencing tu. Mcm muka tu tunjuk, "see Ammar kencing tau, bukan saja2". So aku x kisah n layan je stp 10-15min sekali dia nak masuk main2 jap dgn air kat tandas. Tp still aku pakaikan pampers utk tido. Dia tido lewat lg mlm ni.

Hari Ketiga
Hari ni hari paling membanggakan. Rasa tak sangka semua. Aku sibuk di dapur. Uruskan mcm2 benda. Mmg igt 5min lg lps siap semua nak bw dia ke tandas. Suami dh lah keluar. Ammar tfk tv sorg2, sambil baring makan donat. Sekali saja aku nak cek dia buat apa, dia xde. Alangkah hepi dan kagum aku tgk dia kat tandas, seluar kat dpn pintu dan baju dilipat naik ke atas. Ada taik atas lantai. Besar. Sungguh aku x jijik, malah berbangga yg amat. Aku kutip dgn surat khabar dan buang. Sama2 kami jirus dab bye kat taik dia. Dia hepi, aku lg hepi. Adeihhh rasa mcm anak aku dh besar sgt.

UPDATE:
29 OKT 2017

ASSALAMUALAIKUM..
Punya lah bersemangat masa Ammar 2 thn setengah, sekali things do happen. Seminggu lps ajar tu, aku yg tengah sarat demam dan sakit2 badan. Mmg stop terus potty training Ammar. Walaupun dia mcm dh faham tp aku x nak ambil risiko. Kesian mak aku nak kene jaga waktu kencing dia. So aku pakaikan balik pampers sehinggalah Ammar genap 3 tahun.

Bila dh pindah rumah sendiri ni, aku rasa lebih bertanggungjawab. Semuanya jatuh atas bahu sendiri. So apalagi kita mulakan balik misi yg tertangguh.

Niat aku kini senang, iaitu jimatkan penggunaan pampers sejimat yg boleh. As suri rumah aku ada byk masa. Tak perlu terburu2. So x nak stress aku letakkan sebulan tempoh dia bijak dan faham erti tak pakai pampers dan perlu membuang di tandas. So ada masa mula2 aku malas aku pakaikan. Ni bila aku betul2 letih. So pujuk hati, cek niat mmg nak jimat bukan x nk lgsg x beli pampers pula. So bila mcm tu niat aku jd lebih tenang.

Alhamdulilah, mmg dh jimat. Dah tak beli mamypoko. Sbb anak aku setiap kali tido mmg pakai. Yelah bila tido mmg duk minum botol. Air masak lah, susu. So skrg sbb nak jimat pampers, aku stop susu dan air masak. Anak aku makan mmg byk dh skrg berbanding dulu. Bersyukur sgt atas perubahan yg positif ni.
1. Pampers jimat
2. Susu formula dah nak stop tukar dgn fresh milk
3. Makan banyak dan dah x memilih mcm dulu. Sotong, ketam, karipap. Sayur je x berapa nak lagi.

Apapun yg penting niat kita. Doa banyak2. Lps ni kene letak target tak pakai pampers bila tido. Nanti dah nekad, hati kental kita mula ye. Yg penting tak mau stress2


Friday, 20 October 2017

DIY Busy Board utk Aqeel

Assalamualaikum,

Anak no.2 bagaikan satu peluang baru utk aku berusaha menjadi ibu yg lebih baik. So sgt excited nak sediakan mcm2 benda utk Aqeel sbb time Ammar xde kesedaran sgt. So nak rangsang Aqeel disamping nak buat dia busy, x nak boring aku bersemangat nak DIY Busy Board. Tgk kat IG ada org jual benda alah ni. Dlm RM89 ke atas. So aku cilok idea, dptkan inspirasi dari Google so kita kumpul barang2 dari MR D.I.Y. Mmg terbaik dan I'm happy mom. So nak list out lah

Pet collar: 2 x RM2.70= RM5.40

Straps : RM1.90


Water tap :RM1.90

Door Lock : RM1.90

LED Book Light: RM3.90

Zipper:RM1.90

Switch : RM3.90

White wheel : RM6.90

Bicycle bell : RM1.90

Yellow cable: RM1.50