Thursday, 9 November 2017

Mak Anak Dua

Assalamualaikum,

Memang benarlah kata org, tak sama jaga anak sorang dgn anak lebih dari sorang. Stress dia makin bertambah. Aku cakap direct je. Tapi deep down I do love my life now. Sebab redha kot jadi SAHM. Apa barang tulis suri rumah. Kampung. Kita pinjam ayat org puteh.

So hari2, rutin yg berulang, aku syukur sbb impian nak duj rumah sendiri,milik aku sepenuhnya telah dimakbulkan Allah. Tak sangka hari ini akhirnya tiba. Rezeki, walaupun datang asbabnya mak kasi, ia tetap rezeki. Alhamdulilah dikurniakan mak yg berfikiran jauh, siap buat rumah utk anak2. Yelah ada mak org lain sayang anak, bawa gi berjalan, bg duit poket, tolong jagakan cucu, tp mak aku bg rumah. Alhamdulilah.

So berbalik pada rutin mak anak dua. Sorang 3 tahun 2 bulan, sorang 4 bulan. Uih time nak masak,nak mandi, nak susukan anak, nak makan, nak solat, nak jemur kain, nak terberak semuanya perlu ada keprihatinan yg tinggi, bijak dan cpt membuat keputusan dan bersedia menghadapi after effect. Aduhai. Nak shampu pun kene fikir 2 3 kali. Syukurlah si abang masih dlm kategori mendengar cakap, boleh dipercayai dan tak tantrum pelik2. So dpt lah jalani hari yg hectic dgn tone suara yg jarang tinggi.

So si adik dh di level meniarap. Terlentang dia x selesa, meniarap dia lagi x selesa so menangis jelah kesannya. So as sahm kita duk cek Pinterest nak cr idea utk bg aktiviti si adik lebih ceria bila ditingalkan sendiri. Sampai kesudah, carinya banyak, buatnya belum. Hanya mampu ber hohoho jelah.

Kesian dgn si abang yg selalu main sendiri, kita tambah kan lagi mainan baru bg dia hepi, tapi kita sedar hakikatnya mainan tu semua tak dpt menggantikan kehadiran kita disisi si anak. Aduh bersalahnya rasa.

Ibu minta maaf anak2. Ibu masih dalam fasa tercari2 utk membahagikan masa dgn baik utk kalian berdua. Semoga hidup ini lebih baik dan tenang lepas ni.

No comments:

Post a Comment