Thursday, 5 November 2015

◎◎ Bercuti ke Langkawi ◎◎ Day2

Assalamualaikum,

2 NOV 2015 (Isnin)

Ok bermula hari yg penuh dgn aktiviti utk hari ke 2 ini.

7.30am
Breakfast milo kat balcony. Best. Berbaloi dgn harga bilik. 


8.10am
Check out G Langkawi. Diorg akan minta sampul surat n kad bilik. Bukti nk dpt kan balik deposit RM50. 

8.40am
Breakfast kat warung terletak betul2 berdepan dgn Galeria Perdana. Igt nk makan kat kedai Terong berdekatan LHDN. Tp tutup pula
Komen : Rasa mcm masakan rumah. Aku ambil nasi putih, sup ayam, sayur kacang panjang, air suam. Suami ambil 2 bungkus nasi lemak n sotong sambal. Air nescafe. Mkn ok. Sedap. Kenyang.
TOTAL : RM9.70



9.25am
Sampai di Kilim. Mak cik warung ni ada anak buah yg jd agen mangroove tour. Igt x nak ambil. Tp dia dh ada kat sana. Terus tegur kami di kaunter. Ambil jugalah. 
Komen: Berbaloi utk 4 jam tp still rasa mahal. Sori n tq abg. Sbb kami pun dh berpakaian mcm nk gi laut. Nk check in hotel x leh. Blh je terus ke oriental village, tp mmg fikir ambil jelah. Lps ni ada rezeki dtg Langkawi x kot nk join mangroove ni. So oklah.
Toilet RM0.40 x 2 + RM0.50. Topi RM15. Jus tembikai RM8
TOTAL : RM180/ 2 pax + RM24.10 : RM204.30

Berpeluang mendekati alam. Syukur. Tp Ammar tetap diingatan


2.50pm
Bertolak ke Pantai Chenang

3.30pm
Check in Ziella de Villa. Deposit RM100

5.30pm
Laksa Ikan Seqoq Tip Top. Akan berada sebelah kiri, antara gerai terawal kalau dr Chenang. Kiri laut, kanan kpl terbang tgh nak landing
Komen : Suasana, pemandangan mmg best. 10 bintang. Tp mknn, erkkk. Tak dtg lg kot. Maybe blh try kedai2 laksa yg lain. Cendol pun biasa2 je. Kami order 2 laksa dan 1 cendol.
TOTAL : RM13


6.00pm
Oriental village. Kaunter cable car tutup kul 6pm. Ok muka suami kembali kelat. So just pusing2 tenangkan hati yg membara. Tp still membara je smpi balik hotel. Masuk toilet RM0.50



8.30pm
Dinner kat hotel. Berbekalkan 2 maggi cup dr hotel sebelum ni dan 2 roti yg telah dibeli

TOTAL DAY 2: RM227.40

Pengalaman Kilim Geoforest Park (Mangroove Tour 4hrs)

Assalamualaikum,















Pengalaman di Oriental Village

Assalamualaikum,













◎◎ Bercuti ke Langkawi ◎◎ Day 1~Part 2

Assalamualaikum,

Sambungan

3.20pm
Aku lunch kat Nasi Ayam Pak Ya. Tempat ni terletak berhampiran dgn Hotel Bella Vista. Jauh kehadapan sikit dari hotel aku. So mcm ralat nak check in or makan. Tapi sbb dh lapar, makan juga. Ikutkan tak patut smpi 40min lbh nk jumpa. Sbb sesat, google map bawa kemana2 ntah. Muka suami kembali kelat. 
So apbl smpi, kami ber2 order nasi ayam telur, air suam dan teh ais.
Komen: Muka aku mcm disimbahi bahang pancaran matahari, walau duk kat part dlm. Org merokok kat area dlm. X brp awal sangat mknn smpi. 
Nasi myk, cili x berapa nk rasa, kicap semata2, telur semata2, dan ayam liat.
Tak brp recommended. Sbb sepatutnya bila lapar semua sedapkan. Tapi tak. Sori
TOTAL: RM11.80

Lautan kicap. Nasib I n kicap kwn baik. Sampai lupa kuah sup. Tp expect kicap yg selalu dgn nasi ayam tu. Bukan kicap yg straight rasanya dr botol

3.45pm
HIG kompleks. Sbb dah dekat. Nmpk bgnn dr tmpt makanan. So teruskan walau kepala mcm dh berat. Sbb aku pun xde masalah shopping dlm masa yg singkat. Tmpt ok, parking byk, troli, bakul pun byk. Ahakzz. Ambil bakul tarik je. Sbb mmg bajet nk bawah RM200 je.
TOTAL : RM191.10

Suami ambik 2 wafer ni. Aku mcm x gemar. Last2 aku yg duk balun dia punya
Zoom in kalau nk cek harga terkini
Nmpk x permainan kat situ. Cucuk duit byk2 boleh ambil troli besar lps tu. Haha. Kopak weih

Loacker n kinder bueno yg atas ni mmg rasa nak dekat sama. Tp mmg sedaplah





4.10pm
Pusing2 dlm HIG. Xde apa yg menarik. Saja tgk2. Sakit kepala dh.

4.15pm
Beli kat lori Hot n Role. Lapar lagi sbnrnya.
TOTAL: RM3.90

4.30pm
Check in G Langkawi Motel. Dekat dgn Sekolah Teknik Langkawi. Agak jauh dr pekan Kuah. Deposit RM50


9.35pm
Dataran Lang. Tertidur lama amat. Terlajak maghrib. Teruk nar suami isteri. Mentang2 boleh jamak. So kat sini ok je. Kereta penuh, tp x nmpk byg org. Ambil gmbr. N then jalan ke arah Langkawi on park. Igt nk dinner situ2 je. Tp mcm pelik je. So xpelah. Proceed dgn plan asal. Dinner kat tmpt yg dihajati

10.10pm
Baron Bay Bistro. Tmpt ni belakang De Baron Hotel. Makan betul2 tepi laut. Nyaman. Tapi gelap sikit. So malas nk baca menu. Terus minta chicken chop, lamb chop dan signature drink apple asam boi dan air suam.
Komen: Sedap. Aku suka. Lembut. Tunggu dlm 10min++. Suasana aman, romantik,bunyi laut, ada org2 nyanyis2 sedap didengar. Recommended.
Cuma jgn ambil air tu lg. RM7!!!!Bahahaha. Nyesal mak. Nasib sedap.
TOTAL: RM29.




10.50pm
Isi minyak kat shell
TOTAL : RM20

11.00pm
Beli 2 roti dan air mineral besar kat Mart G Langkawi
TOTAL: RM7

Net total day 1 = RM422.80




Wednesday, 4 November 2015

◎◎ Bercuti ke Langkawi ◎◎ Day 1~Part 1

Assalamualaikum,

Berikut merupakan tentatif perjalanan kami suami isteri utk hari pertama. Disini aku akan ceritakan pengalaman, komen, dan jumlah wang yg dikeluarkan Insya Allah.

1 Nov 2015
9.15am  
Bertolak ke KL Sentral dari Sentul. Minta tolong kakak ipar hantarkan. Jalan clear pagi2 Ahad ni.

9.35am
Tiba di KL Sentral. Menuju ke Skybus. Terletak dibawah tangga yg menuju ke NU Sentral

9.38am
Sila ke kaunter Skybus utk tunjukkan internary anda. Ni bukti dah bayar. Nanti org kaunter akan bg tiket bas. Harga asal RM11. Beli melalui ads on Airasia dpt RM9/pax
TOTAL : RM18/2pax


Atas tu resit. Purple tu tiket. Purple tu mmg khas utk org yg beli through online

9.45am
Skybus bertolak. Kami suami isteri duduk asing. Org dh ramai dlm bas. Ok je. X perlu tunggu lama.

OTW melalui Seri Puteri. My alma mater. Sempat tunjuk kat suami. Tmpt aku membesar spnjg bergelar pelajar SBP


10.45am
Tiba di KLIA2. Dlm 1 jam perjalanan. Pemandu bw laju. Yelah jalan clear katakan.

11am
Lepak foodcourt kat L2. Sampai awal. Suami beli kosmo. Nangis igt Ammar.
TOTAL : RM1

Baca kosmo, tgk2 hp. Tgk2 org. Lama lepak sini.

12pm
Menuju ke security check. Landmark : KFC.
Cari bahagian pelepasan domestik di Level 3. Di sebelah kiri. Akan nmpk ramai org beratur di kaunter2 check in. Terdapat juga kiosk check in. Tp sbb dh siap2 print boarding pass, blh terus proceed ke security check.
Akan melalui abg polis. Disini siap2 tunjukkan IC dan boarding pass.
Sampai di security check. Ada dlm 8-10 tempat. X ramai org. Lancar perjalanan.
Sila tanggalkan brg elektronik sprt HP dan barangan besi terutamanya sprt belt, jam tangan, kunci dr badan sblm melalui gerbang bunyi.

12.05pm
Cari signboard elektronik yg tertera jadual pelepasan flight. Cek boarding pass tadi dan cek kod flight. Ini utk memastikan gate mana yg harus dituju. So dah tahu, mcm aku AK6309 di J17.



12.10pm
Singgah beli air mineral dan snickers di myNews. Terkesima jap, apasal ada dlm 5org depan aku beli roti gardenia yg RM0.80 tu dlm 30++. Nak berniaga kot kampung.
Total: RM6++

12.20pm
Pier J17. Hujung dunia. Letih jalan. Jauh betul. Dh lama x jalan jauh mcm ni. Nangis lg teringat Ammar.
Masuk je J17, serahkan IC dan boarding pass kpd pekerja Airasia. Dia dh koyakkan separuh kertas, bolehlah duduk jap. Ramai org nak ke Langkawi. Depan kami ada sorg laki muda. Katanya nak gi IV. Wow. Mcm best je dpt kerja kat Langkawi.



1.00pm
Boarding. Lewat dr waktu sepatutnya. Beratur panjang. Dlm flight, cari seat. Dah duduk jgn turunkan meja, jangan tutup tingkap, jgn turunkan seat b4 take off. Time kat atas nanti br boleh buat

1.20pm
Take off. Laju oo. Tgh sit straight boleh tertolak ke belakang. Bergegar. Pegang kuat2 tgn suami. 1st time lah katakan. Bila kat atas mmg WOWWWWW. Alhamdulilah, impian tercapai utk naik flight.
TIPS: Jgn ambil seat sebelah wing. Terhalang byk lah juga pemandangan yg indah. Aku pergi balik sblh wing. Huhu

1.50pm
Landing. Sekejap je. Mmg tiba pada masanya.
Mai dah tangga


2.35pm
Car rental dgn abg2 kat luar airport. Aku silap. Patutnya straight gi kaunter b4 keluar dr pintu arrival. Takpelah. Takde rezeki nk menyewa dr kaunter2 tu. Dok harap jgn lah kene tipu. Sbb once dh keluar dr pintu arrival, xleh masuk balik. So redah tanya, "Abg ada sewa kereta tak?" Sbb duk dgr dia ckp car rental. So dia bawa kami kat kwn dia. Suami muka dh kelat. Aku buat2 sabar n harap terbaik. Terus abg tu offer bg Almeera RM160/ 2 hari. Dia ckp kereta baru Almeera ni. Tanya ada kete lain x. Ada myvi n viva lama. Oklah aku paham. Mmg dia nak sewakan tu juga. Redha, isi resit. Dapat kunci, namecard and peta. Kami ke kereta. Kwn dia drive ke arah kami. Besar, biru n baru. Cek aircond n radio ok. 3 bar minyak. Kami jalan. Alhamdulilah puas hati. Tanya b4 tu ada permit x. Abg2 tu ckp, org kita bw takyah risau pasal permit. Aku buat2 paham. Abg ni x ambil deposit. Gila! Kalau kami tgl je tepi jalan nanti br nyesal.

Kaunter car rental. Yg selebihnya tu agent utk travel n tourism. So tak byk sebenarnya. Aku igt byk yg blogger lain katakan b4 tu dlm 10++. Tu sbb aku x yakin yg ini. Aku pun yakin jalan menonong. Ada hikmah. Yelah suami aku pun dpt merasa Almeera yg diidamkan selama ni.



Continue.......




Monday, 2 November 2015

I'm so sorry

Assalamualaikum,

Aku merancang, Allah penentu segalanya. Aku redha. Ammar ku tinggalkan kepada neneknya, dan kami suami isteri meneruskan perjalanan kami. Tiada excitement, dan dlm duka aku pujuk hati utk hargai takdir Allah memberi peluang utk aku bercuti ber2 dgn suami selama 3 hari 2 malam ini.

Ketahuilah Ammar, walau sesempurna mana percutian ini, hati ibu tertinggal dirumah, pada Ammar. Rasa bersalah, pentingkan diri. Rasa sedih x dapat berada disisi Ammar saat kamu menangis kesakitan. Ibu minta maaf sayang.

Ibu minta maaf sayang.
Pagi 1 Nov. I'm in denial.