Thursday 30 April 2020

Ramadan 2020

Assalamualaikum,

Tahun ini kita meraikan Ramadan dgn keadaan virus yg sedang merebak keseluruh dunia. Oleh itu, nak atau tidak kita terpaksa menjalani ibadah kali ini dgn agak berbeza dari kebiasaannya. Apa yg paling jelas solat Terawih dirumah sahaja. Bazaar2 Ramadan yg biasa penuh ditempat2 lapang jalan raya tidak lagi diadakan. Keinginan utk berbuka di restoren, hotel hatta dirumah saudara rapat sendiri juga adalah suatu yg ditegah. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut. Ini yg perlu kita lakukakan demi menjaga keselamatan manusia.

Apa hikmah besar yg aku peroleh amatlah aku syukuri kesan COVID 19 ini. Dulu terawih agak sukar dilakukan baik dgn kehadiran anak kecil yg memerlukan perhatian dan kekuatan hati sendiri utk kekal istiqomah melakukannya sendirian dirumah. Tapi tahun ini rezeki aku utk sama2 berjemaah bersama suamiku, kakak, abg ipar dan mak ku sendiri dirumah. Siapa sangka perkara ini boleh terjadi? Emak dan suamiku mmg org yg tegar ke masjid nak2 bulan Ramadan. Meriah dan seronok mereka menjalani ibadah dimasjid, aku x berpeluang lagi menikmatinya setelah mempunyai anak kecil. Tahun ini aku berasa amat bertuah dan bersyukur.
Kongsi Idea


Seperti biasa aku, manusia yg suka pada checklist, walaupun kadang2 buat checklist ikut x ikut pun. Hehehehe. Aku sediakan checklist Ramadan ku 2 hari sebelum. Niat aku tiada lain hanya mahu buat yg terbaik utk bulan mulia ini. Cuba x mensia-siakan waktu dan peluang utk berada pada bulan yg penuh Barakah dan Pahala ini. Aku tak harap lain, just harap aku penuhilah setiap hari punya checklist. Bak kata org putih you fake it until you make it. Ikhlas tak ikhlas, seronok x seronok belakang cerita. Yg penting sekarang kau cuba konsisten setiap hari. Paling obvious peningkatan aku dlm mengaji Al Quran. Dah letih, mengantuk tp teringat surah  sekian2 blm dibaca lagi. Gigih x nak kasi lopong checklist, aku lakulan juga. Sampai anak pun tegur, "ibu ni asyik mengaji je." Ok boleh bangga jap. Yelah aku bukan duk buang masa hadap hp je mcm sblm2 ni.

Apabila ada satu dua perkara yg mmg payah sgt nak start buat adalah dgr ceramah. Adalah dlm 5 hari lopong x buat2. Yelah biasa tgk benda2 lagha kay FB dan Youtube. Tetiba kene dgr ceramah. Lambat sikit sampai serunya. So bbrp kemudian br dpt ilham nk tgk Al kuliyyah lah. Ustaz dia pun best2, dlm 50 min je. Ok lah. Kalau movie 1 jam lebih onzz je. Aduh insaf2.

Setelah mendengar ceramah, byk kan lazimi surah2 pilihan aku juga berpeluang utk diajak oleh mak utk bertadarus Al Quran pada mlm pertama terawih. Berat juga hati, sbb yelah kan malas2. Hahaha. Ingat2 balik last aku tadarus time sekolah menengah, program wajib sekolah. Perghhhh ingat balik mng malas betul aku time remaja dulu. Skrg bila dpt peluang ni dan lakukan sama2 ahli keluarga, betul2 aku syukuri. Dah meningkat usia ni, sapa tak nak peluang mengaji stp hari nak2 bulan puasa. Ramai2 pula tu. Smgt dia lain macam, rasa hidup sgt roh Ramadan. Dulu tgk org share mengaji blh khatam time Ramadan, kali ni aku sendiri lalui pengalaman tersebut. 1 juz 1 hari. Ada rezeki mmg blh khatam. Alhamdulilah.
Ketua: Mak

Anak2 buah yg kekal bertadarus walau boring. Tak kisahlah yg penting praktis dr kecil

Wewitttt org br insaf. Hahaha


Walaupun bazaar Ramadan tak ada, namun masih ada kedai2 yg jual makanan. So masih blh nak merasa murtabak, roti john, kuih muih, air soya dll. Cuma meriah mcm dulu, melantak apa saja tinggal pilih, bayar dan beli tu tak adalah. So bersyukur harap2 thn ni rakyat Malaysia lebih berhemah dlm berbuka dan kurang membazir. Cuma terasa lah tak ada nak round2 petang naik motor dgn anak2 ke bazaar Ramadan. Tabah lah wahai anak2. Hampir 2 bulan mereka mmg terperap kat sekitar rumah. Syukur dpn, tepi rumah keluarga2 kita juga. Lps bosan anak dr terperap dlm rumah sendiri. Apapun semoga aku terus istiqomah dlm menjalani ibadah di bulan Puasa ini, dan Allah terima stp satu amalan kita. Amin.

No comments:

Post a Comment