Setelah percubaan utk wean off Aqeel yg entah kali keberapa since dia berusia 18bulan dan kini dah nak masuk 2tahun 6bulan akhirnya, Aqeel dah berpisah susu dgn aku hampir 1 minggu. Agak gelojoh disitu utk kongsi pengalaman walaupun baru 1minggu. Tapi percayalah ini merupakan pencapaian terbaik. Yang mana sebelum2 ni 2 hari berhenti menetek tu tahap hebat sgt dah tu.
Belanja gambar sikit anak sorang ni
Niat asal nak berhenti adalah kerana gigi Aqeel mulai rosak. Ya tertidur sambil mulut masih menetek juga atr punca hal gigi rosak ni berlaku. Aku punyalah pegang kata2 selagi anak tak hisap botol malam, confirm gigi ok, sekali susu badan tetap juga boleh menyebabkan gigi rosak, sbb bak kata doktor gigi, susu badan pun mempunyai gula dan kesan susu melekat pada gigi tetap merosakkan. Padahal Aqeel mmg digosok giginya setiap hari. Aku sedih. Aku giler nak stop menetek. Tapi dia punya payah, meraung, mengamuk, buat aku tak kuat dan keep on failing.
Aku pernah try wean off malam, bg dia tidur dgn ayahnya. Hati ibu tak sanggup biar anak dan 1 family tak lena tidur so aku mengalah. Cuba lagi dgn letak lemon. Mmg ok, dia tak suka rasa n stop jap 1 hari, smgt tak kuat esoknya aku malas nak apply lemon so patah balik menetek semula. Bila dh besar 2 tahun lebih ni, letak lemon, anak dh pandai utk sapu kasi hilang dgn tangan n hisap macam biasa. Aku pun payah nak kasi berhenti sbb mmg dh jadi habit, sambil tgk hp baring2 kasi menetek. Aqeel meraung sedih merajuk aku tadah aku punya utk dia cool down. So menetek ni mmg nak kasi berhenti habit 2 org manusia.
So apa aku buat kasi jadi? Memandangkan hisapan2 nya sgt lah merimaskan, menyakitkan, nak atau tidak aku kuatkan hati tekad cakap direct kat dia, "susu tak ada, habis, ni utk baby, Aqeel dh besar, Aqeel nak biskut, roti,air?" Meraung melalak kat muka aku mcm kene sampuk. Aku pujuk dia, peluk, sapu2 blkg badan. Berdoa. Sedih sama2 dia. Mmg aku jujur je. Ulang je byk kali. Aku tak sapu apa2 pada dada aku, tak tipu apa pun. Aku jujur je. Aku pujuk dia dgn kasi pegang aku punya payudara, kasi lepas gian dia. Mmg Alhamdulilah, Aqeel mula memahami dan tak mengganas, pelan2 masuk hari ke 3 dan seterusnya dia makin jarang minta dan tidurnya makin lena. Tak ada sikit2 bangun nak menetek malam. Tak ada saja2 minta kita singkap baju masa tgh baring2 tgk tv. Alhamdulilah. Azam 2020 terlaksana.