Sunday, 24 November 2019

Berseronok di MAPS Ipoh 2019

Assalamualaikum,

Akhirnya sampai juga kami anak beranak ke MAPS Ipoh pada Sabtu 9 Nov yg lalu.  Bukan apa, kampung suami sebelah je, di Kuala Kangsar. Duk lalu selalu nampak MAPS. Sebab dengarkan fee dia mahal ratus2 kita pun xde pasang niat nak pergi. Bila saja usha balik awal Nov hari tu, rupanya MASUK FREE!!. Hanya perlu bayar mana yg kau nak main je.

Ikut pengalaman aku. Tempat ni memang panas. Sebab kurang pokok. Hanya ada bangunan menutupi sinaran terik matahari. Mmg syorkan pakai topi utk budak2 dan kita ibu bapa. Bawalah stroller, letih budak2 nak menapak. Nak banding Sunway Lagoon tempat ni oklah, x besar giler tp still letih oitt berjalan dgn panas lagi. Tapi jgn risau perkhidmatan stroller sewa disediakan.

Sampai pun setelah 1 jam disesatkan Google Maps. Laki bini tak ada waze

Berlatar belakangkan rumah hantu cute utk budak. Tp takut juga si Ammar. Aqeel, ayah jaga. RM9 seorang


Kalau nak main kat sini ada 3 cara pembayaran. 1) Bagi cash kat org jaga mainan tu, 2) Bayar fee All Access yg pakai gelang tu, last 3) gi Kaunter kau bayar sekian harga, dia bagi kau kad. Nanti ada tempat tak terima cash, especially tmpt makan dia akan scan code kat kad tu dan deduct duit kau. Jangan risau, point yg no.3 ni kalau ada duit lebih kau boleh refund balik kat betul2 pintu masuk MAPS.
Wajib pakai topi. Panas litlit

Dah nak pandai posing peace anak sorg ni

Asal main je. RM6 seorang

Sederet tmpt makan


So amacam mainan, best tak? Bagi aku ok, lawa utk bergambar, tarikan mmg utk budak2 terutama watak animasi Boboiboy. Persembahan 3D Boboiboy mmg ada certain masa je. Cth aku hari tu start 2.30pm, nxt persembahan aku nmpk dia tulis masa 4pm. Sbbkan nak tunggu yg Boboiboy nilah, kami yg sampai 12.30pm pusing2 main dulu apa yg ok. Lagi satu tarikan utama dia STUNT LEGENDS. Hanya bermula pukul 3pm. Nak tak nak kau mmg rasa perlu stay utk lihat lagak ngeri kereta lumba ni.


Bagi aku overall, agak rugi bawa anak kecil. Esp yg bwh 100cm mcm tu. Banyak game tak boleh main. So mak ayah gilir2 kene jaga anak kecil. Apapun tempat ni agak meriah, agak sedih sikit. Mungkin entahlahh.. Korang nilai lah sendiri. Nak solat, nak makan surau dan restoren ada disediakan. Mcm biasa sblm masuk kene cek beg dulu, tak boleh bw masuk mknn luar.

Sekian, harap dapat memberi gambaran kpd sesiapa yg membaca. Selamat bercuti!!

No comments:

Post a Comment