Saturday, 26 October 2019

Ujian anak2 sakit

Assalamualaikum,

Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku berada di tempat ibu2 yg anak2 mereka sakit kronik atau kurang upaya. Nak dijadikan cerita bulan Oktober ni mmg tragedi Oktober betul. Lps Ammar duk sakit gigi awal bulan ni, Aqeel berjangkit demam dari Muaz. Apabila dah start sakit mulalah rengekakan dan perhatian bertambah. Ditambah lagi dengan peel tak nak makan ubat. Aihh jenuh memujuk. Aku dlm fasa wean off. Mmg 99% dh berjaya berhenti diwaktu siang. Namun, kerana rasa kasihan aku pun start bagi balik.
Tampal gigi



Alhamdulilah Aqeel sekejap je demam, ganti dengan cirit, kemudian Ammar pula continue demam. On Off dlm 5 hari. Esp waktu malam. Mmg kaw2 panas dia. Melepek, bibir merekah, tidur je. Kerana Aqeel dlm fasa sakit, on off BF dia jadi keliru dan keluarlah sikap clingy yg tahap dewa. Semua nak aku. Aku dipertengahan kemelut ni terasa amat drain. Amat letih dan menggila dgn perangai Aqeel tambah Ammar tak nak makan ubat. Aku larikan diri ke Putrajaya.


Sempat lawat kubur Abah


Buat pertama kalinya. Aku betul2 nekad. Aku perlukan udara luar, aku perlu bebas sekejap. Demi diri dan juga anak2. Lantaklah apa nak jadi, sikit pun aku tak rasa bersalah tinggalkan anak2 dan terpaksa menyusahkan mak. Mmg tahap packing apa yg sempat, ralit duk cek agoda hotel yg murah utk aku rehat sepenuhnya walau utk 1 malam.

Pendekkan cerita, aku pulang juga kerana rasa tak berbaloi pula 1 malam harga sampai RM100+. Dan ia keputusan yg tepat. Anak2 masih dlm keadaan tak sihat dan mereka perlukan aku utk uruskan mereka. Makan pakai. Beri ubat lagi. Bukan tak percaya suami, tapi yelah kan mana sama ayah yg bekerja berbanding ibu yg 24 jam bersama mereka.

Ya Allah Kau berilah kekuatan kepada ku. Hamba Mu yg lemah sentiasa kalah pada letih dan emosi. Semoga anak2 ku sentiasa terpelihara walau dalam penjagaan ku.

Sekarang Ammar mcm dah ok. Cek darah di KK takde apa yg serious. Syukurlah. Tak boleh byg kalau kene tahan wad, mcm manalah Aqeel tanpa aku diwaktu malamnya. Habis pening x boleh tido kang laki aku.
Meraung time kene ambil darah



No comments:

Post a Comment