Anak yang dulu speech delay, dan sekarang masih kurus kering asbab kurangnya ilmu keibubapaan. Ammar duk hadap tv time aku sibuk menyelesaikan kerja2 rumah. Waktu tu masih tinggal dirumah mak. Bahagian dapur dan bilik air tempat yang agak serabut dan payah utk bagi Ammar join tgk aku buat kerja. So dgn alasan agak kukuh, Ammar aku hadapkan dgn tv. Pada fikiran aku masih ok as long as aku x bg hp or any gadget.
Tak cukup dgn itu, Ammar dari umur 4 bulan lebih dah fully bottle feed. Rasa payah sgt nak teruskan breastfeed. Susu badan ku terlalu banyak dan laju apabila dihisap menjadikan Ammar mengelak x nak BF. Apabila bergantung pada susu formula pengenalan kpd makanan seakan hambar. Asal ada, asal makan. Ammar sehingga umur setahun masih gunakan puting susu NB. Bayangkan lah betapa slownya pemakanan dia, kerap dan lama. Entahlah apa yg ada dlm fikiran kami, aku terutamanya waktu itu. Makan Ammar masih dikunyahkan. Entah rasa budak ni terlalu lemah, lembik utk mengunyah makanan sendiri.
Akhirnya pada usia 1 tahun 3 bulan lps elok demam, sebelumnya yg agak payah nak makan, Ammar terus x nak makan. Boleh dikatakan dia membesar dlm tempoh itu sehingga 3 tahun bergantung sepenuhnya susu. Ibarat 90% susu 10% makanan. Gigi rosak. Malam2 melekat botol pada mulut, gosok gigi bukan main payah. Dan kesannya, gigi susu Ammar memang hancus. Tinggal skrg sisa2 yg hakis, gigi geraham yg berlubang2. Harap tak menyakitkan sahaja dan bertahan utk digunakan sehingga tanggal sendiri.
Ammar mula memanggil aku dengan sebutan BABU pada usianya hampir memasuki 3 tahun. Perkataan susu, air yang simple mmg x terkeluar. Rasa waktu tu lost, nak pergi speech therapy. Lantaklah bayar mahal, aku nak anak aku bercakap. Tapi aku start dr KKIA dulu. Cuba dptkan diagnosis. Apa tahap anak aku skrg. Sah speech delay. Doc sarankan ke playschool dan refer pada HKL. Gi HKL ke Klinik Paed, minta kita terus ke Bangunan Pakar. Situ jumpa OT. Waktu ni Ammar dah start sekolah. Bulan Jan. So hasil pemerhatian Ammar mild. Ada body part supposed dia tahu sebut tapi tak. OT kata Insya Allah kalau dh start sekolah dlm 4 bulan mcm tu akan become better. Sbb xde serious mcm simptom autisme.
Alhamdulilah dlm bulan Julai mmg nmpk sgt perubahan. Ammar dah byk words. Cikgu pun cakap Anmar dah mula bising. Syukurlah. Kisah2 yg aku baca di FB, blog pasal anak yg speech delay mulanya, become better once pergi school. Dan again betul, dulu bukan main payah berkata2, skrg Tuhan bagi x boleh berhenti bercakap, mcm2 benda nak tanya. Time aku mandi, berak, masak x menyempat. Alhamdulilah Allah permudahkan. So bagi ibu bapa diluar sana mula rasa risau, aku kongsikan idea, start ke KKIA dulu. Dptkan khidmat nasihat dan dari situ baru terbuka minda nak buat mcm mana dgn anak kalian. Ok...
Insya Allah moga baik2 aja.
Always my favorite boy
No comments:
Post a Comment