Assalamualaikum,
Selamat mendaftar pada 12 Julai hari Selasa yg lalu. Hari pertama hadir utk mendengar taklimat dari pengurus Giat bersama dgn kehadiran ibu bapa dan penjaga. Alhamdulilah pendaftaran berjalan dgn lancar. Penyerahan wang dan bbrp perkara sprt salinan ic, bank statement dan gambar berukuran passport. Masalah nombor ic telah diberitahu sekali lagi pada kerani pada hari tersebut. Tengahari aku ke Giant. Lunch dan semangat mencari barang2 keperluan sprt stokin, tudung hitam dan seluar palazzo. Adalah menjadi kewajipan di cawangan Giat ini, wanita mengenakan seluar palazzo bg mengelakkan masalah seluar ketat.
Di sebelah petang Selasa itu, kami ada sesi bersama pengurus lagi. Kali ni tanpa ibu bapa. Ada banyak perkara yg dikatakan. Basically, peringatan utk jaga disiplin dan perkongsian masalah2 pelatih sesi sebelum ni.
So 13-15 Julai adalah hari orientasi. Kami mula berkumpul pukul 8am. Beratur dlm 3 barisan panjang ketepi. Menyanyikan lagu Negaraku, Selangor dan MARA. Sbb masih x fasih dan malu2 bernyanyi kami perlu mengulangnya beberapa kali. Rezeki dapat pengurus yg tegas. Kemudian dibahagikan dlm 5 kumpulan utk tugasan mengemas Giat. Ada cuci tangga, cuci bengkel, cuci laman dll. Biasanya habis dlm 9am. Syukurlah pelatih laki nak beri kerjasama dan x mengelat. Rasa x best sbb kat rumah pun x bersihkan setiap hari sprt di Giat.
Kemudian kami diberi kumpulan baru utk buat pembentangan dan persembahan. Nama kumpulan aku Pahang diketuai oleh Muaz. Dan ada Amar dlm group aku. Hmm takleh lari dari 2 nama ni. Hehe. Aku paling tua, so terasa sprt perlu lead juga budak2 ni. Alhamdulilah mereka bg kerjasama walau berat je bila time si Amar ni. Rasa nak tampor2 je dia niðŸ˜
Hari Jumaat diberitahu adalah hari beriadah dan hari ujian buat Giat disini. So pada hari tersebut buat sekian kalinya dlm beberapa tahun ini aku berlari lari anak sekeliling blok setelah kami beratur dan bernyanyi. So semput. Pukul 10 lebih kami memulakan pembentangan dan persembahan. Aku memainkan peranan utk kumpulanku. Maybe dh biasa utk presentation time degree dulu. Alhamdulilah berjalan lancar tanpa berlaku apa2 yg dirisaukan apbl melibatkan pengurus kami ni.
Spls tamat semua aktiviti kumpulan, pengurus memberi taklimat lagi. Taklimat berakhir dgn situasi yg tegang apbl berlaku rasa kecil hati pengurus terhadap pelatih laki yg menzahirkan rasa boringnya. So sblm kami dilepaskan pada 12.30 berlaku lah beberapa sesi jerit dan marah. Hmm. Aku ok lagi sbb semua benda Insya Allah dh settle. Bg pelatih2 yg masih x complete dgn borg pendaftaran je dimarah dan diingatkan utk settle by hari Jumaat tu juga.
So disebelah petang, kami ke Batu Caves. 1st time smpi setelah berapa lama aku hidup di area ni. So aku berjalan dgn Izzati. Naik tangga sampai ke puncak, turun semula, beli air, bergambar beramai2 dan beransur pulang. Jika ada kesempatan sepanjang sesi orientasi ini utk aku menasihati dan berkongsi pengalaman dgn rakan2 pelatih yg lain terutama yg lebih muda, aku pasti akan memanfaatkannya. Perjalanan mereka masih jauh sblm smpi ke umur aku. Di FND ada sorg pelajar laki dan setakat ini ada 15 org dlm kursus ini dan aku org ke 3 tua. Hihi. Syukurlah, rata2 pelajar adalah 0 knowledge termasuk aku dlm bidang jahitan. So xdelah rasa looser sgt😂. Kak Rusma, org Padang Balang. So ok lah. Hihi. Mana tahu ada terdesak apa2 slps ni. HIhI
P/s: Wajib utk isi permohonon/pendaftaran secara online. Kami tak ditekankan hal ini menyebabkan semua org x melaksanakannya. Memaksa kerani dan guru2 kami mengisikannya buat pelatih. Akhirnya berlaku kesilapan dan aku salah satunya iaitu salah nombor telefon. Sedih hati ini dimarahiðŸ˜. Sekian kisah orientasi. Lepas ni belajar rajin2 ye.
No comments:
Post a Comment