Thursday, 28 July 2016

Jadi student semula....

Assalamualaikum,

Tamat orientasi, dalam 2 minggu kami perlu buat assignment folio dan pecah dlm group utk presentation. Assignment tu bg menjawab soalan modul 1 iaitu Asas keselamatan. Banyak kene lukis barang2 keselamatan, warna dan prosedur. Aku tulis je kecuali print utk cover. Aku x tangguh dan buat dengan baik.




Tempoh seminggu diberi. Tamat hal assignment kami ada slide show dan presentation yg perlu dibuat. Ini utk core ability. Markah ini penting utk melayakkan dpt Sijil SKM. Tugasan diberi pada hari Isnin dan perlu present hari Jumaat. Tebal juga handout di print. Dalam core ability ini ada 2 tahap dan setiap tahap ada 4 group each.


Dalam sibuk bawa laptop, jawab soalan dan buat slide, hari Khamis kami sempat ke Taman Layang2 utk buat jamuan makan2. Walaupun pelatih perempuan je yg bawa, tetapi banyaknyaaaaa. Mcm terbazir pun ada.



Peristiwa paling penting berlaku ialah pelantikan Badan Perwakilan Pelatih pada minggu ke 2. Dan tanpa disangka aku dilantik sebagai Penolong. Tak sangka sbb setahu kami hanya pelatih dlm 21 tahun ke bawah shj sepatutnya. Sesi kali ni cikgu2 diberi kuasa veto melantik.

Kami diminta keluar mengikut group masing2. Cikgu2 yg hadir sprt Ibu dan C. Alya sedar akan keterampilan kami pada persembahan group pd minggu orientasi yg dilantik. Hmmm nak buat mcm mana, aku tak dpt harapkan adik2 yg segan nak ckp di depan, nak tak nak aku rasa perlu selamatkan keadaan. Terus kene cop dgn cikgu. Ok beban berat, nak tolak takut, dan aku terperangkap skrg dgn kerja tambahan. Niat asal dtg Giat mmg nak belajar betul2 dan x nak distraction. Nak buat mcm mana. Just buat terbaik. Tp bebannnnn...

Saturday, 16 July 2016

Minggu Orientasi di GM

Assalamualaikum,

Selamat mendaftar pada 12 Julai hari Selasa yg lalu. Hari pertama hadir utk mendengar taklimat dari pengurus Giat bersama dgn kehadiran ibu bapa dan penjaga. Alhamdulilah pendaftaran berjalan dgn lancar. Penyerahan wang dan bbrp perkara sprt salinan ic, bank statement dan gambar berukuran passport. Masalah nombor ic telah diberitahu sekali lagi pada kerani pada hari tersebut. Tengahari aku ke Giant. Lunch dan semangat mencari barang2 keperluan sprt stokin, tudung hitam dan seluar palazzo. Adalah menjadi kewajipan di cawangan Giat ini, wanita mengenakan seluar palazzo bg mengelakkan masalah seluar ketat.


Di sebelah petang Selasa itu, kami ada sesi bersama pengurus lagi. Kali ni tanpa ibu bapa. Ada banyak perkara yg dikatakan. Basically, peringatan utk jaga disiplin dan perkongsian masalah2 pelatih sesi sebelum ni.

So 13-15 Julai adalah hari orientasi. Kami mula berkumpul pukul 8am. Beratur dlm 3 barisan panjang ketepi. Menyanyikan lagu Negaraku, Selangor dan MARA. Sbb masih x fasih dan malu2 bernyanyi kami perlu mengulangnya beberapa kali. Rezeki dapat pengurus yg tegas. Kemudian dibahagikan dlm 5 kumpulan utk tugasan mengemas Giat. Ada cuci tangga, cuci bengkel, cuci laman dll. Biasanya habis dlm 9am. Syukurlah pelatih laki nak beri kerjasama dan x mengelat. Rasa x best sbb kat rumah pun x bersihkan setiap hari sprt di Giat.

Kemudian kami diberi kumpulan baru utk buat pembentangan dan persembahan. Nama kumpulan aku Pahang diketuai oleh Muaz. Dan ada Amar dlm group aku. Hmm takleh lari dari 2 nama ni. Hehe. Aku paling tua, so terasa sprt perlu lead juga budak2 ni. Alhamdulilah mereka bg kerjasama walau berat je bila time si Amar ni. Rasa nak tampor2 je dia ni😠


Hari Jumaat diberitahu adalah hari beriadah dan hari ujian buat Giat disini. So pada hari tersebut buat sekian kalinya dlm beberapa tahun ini aku berlari lari anak sekeliling blok setelah kami beratur dan bernyanyi. So semput. Pukul 10 lebih kami memulakan pembentangan dan persembahan. Aku memainkan peranan utk kumpulanku. Maybe dh biasa utk presentation time degree dulu. Alhamdulilah berjalan lancar tanpa berlaku apa2 yg dirisaukan apbl melibatkan pengurus kami ni.

Spls tamat semua aktiviti kumpulan, pengurus memberi taklimat lagi. Taklimat berakhir dgn situasi yg tegang apbl berlaku rasa kecil hati pengurus terhadap pelatih laki yg menzahirkan rasa boringnya. So sblm kami dilepaskan pada 12.30 berlaku lah beberapa sesi jerit dan marah. Hmm. Aku ok lagi sbb semua benda Insya Allah dh settle. Bg pelatih2 yg masih x complete dgn borg pendaftaran je dimarah dan diingatkan utk settle by hari Jumaat tu juga.

So disebelah petang, kami ke Batu Caves. 1st time smpi setelah berapa lama aku hidup di area ni. So aku berjalan dgn Izzati. Naik tangga sampai ke puncak, turun semula, beli air, bergambar beramai2 dan beransur pulang. Jika ada kesempatan sepanjang sesi orientasi ini utk aku menasihati dan berkongsi pengalaman dgn rakan2 pelatih yg lain terutama yg lebih muda, aku pasti akan memanfaatkannya. Perjalanan mereka masih jauh sblm smpi ke umur aku. Di FND ada sorg pelajar laki dan setakat ini ada 15 org dlm kursus ini dan aku org ke 3 tua. Hihi. Syukurlah, rata2 pelajar adalah 0 knowledge termasuk aku dlm bidang jahitan. So xdelah rasa looser sgt😂. Kak Rusma, org Padang Balang. So ok lah. Hihi. Mana tahu ada terdesak apa2 slps ni. HIhI


P/s: Wajib utk isi permohonon/pendaftaran secara online. Kami tak ditekankan hal ini menyebabkan semua org x melaksanakannya. Memaksa kerani dan guru2 kami mengisikannya buat pelatih. Akhirnya berlaku kesilapan dan aku salah satunya iaitu salah nombor telefon. Sedih hati ini dimarahi😭. Sekian kisah orientasi. Lepas ni belajar rajin2 ye.


Tuesday, 12 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Raya pun tiba pada 6 Julai hari Rabu. Tahun ni raya pertama di KL. Hari kedua baru pulang ke Kuala Kangsar. Pagi raya mcm biasa siap2 apa yg patut. Mak masak kuih lodeh. Ada nasi impit dan ayam goreng rempah. Ammar tidur lama. So senang kami org dewasa nak makan dan kemas. Tahun ni mak cipta sejarah tak ke masjid. Sejak dgr ceramah boleh solat sunat dirumah. Suami je yg pergi.

Tahun ni ada keluarga Kak Lin dan Kak Ita. So tetap meriah dgn cucu2. Raya pertama meriah dgn kehadiran keluarga2 rapat biasanya keluarga Mega dan anak beranak Along. So bg makan satay dan buah anggur. Anggur masamm. Mak beli murah kat OTK.

Duit raya saban tahun tak sempat nak masuk sampul. So raya ni, bg duit tanpa sampul. Apadehal... Bukan budak heran sampulnya. Duit yg penting.

Sbb kan suami ikut rombongan masjid beraya, dlm 12 lbh baru dia balik. Itupun skip 2 lagi rumah sbb kawan2 dia nak dtg. 20min tunggu. Aku dh ngantuk menunggu. Bila dtg tu, jamulah apa yg patut. Yg bestnya dtg dlm 6 org mcm tu, enam2 hulur duit raya kat Ammar. Syok ooo. 

Petang tu lps semua org dh puas tido, kami pun beraya. Mak sekali lah. Aku n suami beraya rumah dekat2 je. Tp dpt lah cover 4 rumah dlm tempoh sejam lebih b4 maghrib balik. Malam tu pula 2 rumah. Puas hati. 

Pulang ke Kuala Kangsar bertolak dlm 10am. Singgah kedai bagai, betul2 di tol menghala ke Ipoh dlm 10 lbh. Mak aii separuh perjalanan jem. Aku bajet aku sorg je balik kampung beraya. Ngantuk bawa, nak x nak kene husband gark drive. Tgn kiri dia ok so blh handle gear n stering. Perjalanan jd 4jam setengah sbb jem dan berhenti 2 kali. Dlm 1 lebih sampai, terus tido kan Ammar. So petang tu rilex2 dan tido. Lewat petang beraya ke rumah Wak Pah. 

Malam nak beraya sekali hujan. So duk rumah. Ammar mmg tido lewat sejak puasa. Dlm 12 br nak lelap. So letih layan dia nak memunggah rumah embahnya. Esok pagi raya ke 3 Ammar masih tido, suruh suami ke kubur. Ammar dh bgn br blh beraya ke rumah Mak Yah. Sepupu suami nmpk je tangan bengkok mcm tu terus bertanya. Sorg2 dtg jumpa, sorg2 tanya. Kene ulang jwpn. Rasa waktu tu mcm nak rakam je. Tekan button replay. Rumah Mak Yah ni mmg besar dan sgt bersih. Mana taknya ada anak Mak Yah ni pengemas amaaaaat. Sampai tercuit hati aku tgk ada lg spesies org mcm ni. Dr menyapu, megelap, mengemop dan menyapu balik. Aku tgk ni pun penat. Bila dh siap dan puas hati, br dia keluar dr dapur bersalam. Haha.


Jumaat tu abg Amir dan Fahmi balik. Tanpa anak isteri disisi. Sian juga tp syukur aku x perlu risau pasal bilik dan buaian. Mcm pelik je boleh x ikut balik. Maybe mereka ada alasan masing2 tp kalau aku mesti hati x tenang takut family mertua mengata. Sian juga tgk mak,  rindukan cucu2 dia. Ammar jelah tmpt nak manja2. 

Sayong, K. Kangsar

Otw beraya

Oklah petang tu, kami beraya ke rumah kawan rapat mak di Sayong. Sekali sampai rumah %@%#^#^. Dgn kucing banyak. Dgn mangkuk air kucing byk. Kat dapur je layan tetamu. Aku mcm terkilan sbb ni kan raya. Aku ada anak kecik. Terpaksa berdukung je sbb x nak bg dia pegang kucing dan barang2 rumah. Mana lah nilai kebersihan dan kekemasan at least dlm bulan raya ni ramai tetamu dtg bertandang. Sedih tul. 

Cukup dgn itu. Hari Sabtu balik KL. X nak hadap jem so kul 8am kami bertolak balik. Kereta banyak. Jalan kadang2 je slow. Dlm 11 lbh sampai. Syukur. Petang tu raya rumah Hasni. Mak masak mee kari.
Ammar dan Muaz segak berbaju melayu warna biru. Tersama tema pula tahun ni




Di rumah ke 3. Wak Jamil. Abang arwah abah. Masih sihat dan masih manis dgn senyuman. 

Ahad balik kampung kat Ijok. Yg ikut aku, Kak Ita, Hasni dan Abg Lim. Beraya di rumah Japery, Cik Is, Wak Jamil dan Cik Endan. Thn ni rumah Cik Is makan bihun, dan rumah Cik Endan makan spagetti. Lain rasanya tanpa Cik Sal yg dh bercerai dgn Cik Endan. Rumah pun dh renovate. Segala barang dan gambar Cik Sal pun dh xde. Perkahwinan hampir 30 thn berakhir juga dgn penceraian dan bertemu pengganti baru. Jadikan iktibar. Sedih juga cite raya ni. Oklah. Dh solat zohor kami bertolak balik rumah. Botol susu Ammar tertinggal.

Sekian cite raya

Sunday, 10 July 2016

Preparation Raya 2016

Assalamualaikum,

Nak hujung2 Ramadan ni, smgt membeli baju tu wajib ada. Just nak hias2 rumah tu yg malas sbb rumah mak kan. So preparation biasa2 je. 

Tp best juga sbb dpt pujuk mak beli langsir baru. Dari Kaison, Setapak Central. 180 x 240 cm pada harga RM42.50/piece. Ambil dlm 8 pieces. Hbs dlm RM350++. Pastu beli bunga juga. Dlm RM14 tak silap. Beli wallpaper sbb nak lapik tikar yg dh terkoyak. Ni terpengaruh dr Group Kelab Dekorasi Ikea di FB. Ada org ajar buat carpet sendiri dr tikar murah RM10 tu, tampal dgn corak menarik wallpaper.

Penuh dgn 8 pieces curtain


Menjadi juga aku buat. Kira nice lah, cuma dia kalau terlanggar, budak lari2 senang terkopek. Jadi huduh sikit. Nak2 Ammar sekali dia mengopek, mmg dia nak cabut je wallpaper tu. Fenin mak nya nak berdeko2.
Hasil separuh darinya. 


Preparation baju raya pula sbnrnya mmg nak warna biru. Sbb aku dh ada dress biru. Bajet x nak beli yg baru, pakai je yg aku beli sempena wedding Bila December thn lps. Last2 x dpt tahan beb nak baju raya baru juga. Haha. Siap tulis kat azam 2016 konon2 x nak beli baju raya. Sekali hambik!! Beli gark. Sbb rasa bersalah kat azam tu, aku bajet bwh RM100 jelah baju aku. 

Suami mmg b4 puasa dh request nak baju raya thn ni. Yelah dh 2 tahun x dpt sbb duk pakai baju nikah n sanding. So oklah, yg penting biru. Dia berangan nak beli malam raya kat jalan TAR. Sekali dh accident mcm ni, aku lah belikan kat tmpt lain. Beli kat Festival Baju Melayu, Batu Caves. RM100. Mula2 beli saiz m, sekali balik, try sempit kat ketiak. Syukur dpt tukar saiz ke L. Sbb layanan baik semua, kami suami isteri belikan baju kurung utk mak mertuaku. Oklah. Pandai suami pilih warna. RM70. Aku mcm nak ambil je utk aku. Haha

Dan utk Ammar mmg x nak beli baju melayu sbb rasa mcm membazir. Bukan pakai pun lps raya. So smgt, sehari b4 puasa dh round Sogo department kanak2. Beli t-shirt pigeon dan seluar anakku. Mahal oooo seluar. Habis murah dan cantik aku pilih. Dlm RM32 tak silap. Ramai gark parents duk shopping 5 Jun tu. Penuh sogo. Aku gi sendiri. Suami hantar n jemput dgn motor. Senang.

Namun apabila ada khabar rezeki lebih, terus request nak baju melayu Ammar. Hilang terus kata x nak membazir tadi. Haha. Manusia2x. So 4 Julai Isnin tu, lg 2 hari nak raya, lps suami gi Fisio di Pusrawi, kami ke Jalan Tar. Suruh suami parking tepi jalan sementara aku melilau cari baju melayu biru Ammar. Betul2 berlari sbb takut suami kene tegur dgn DBKL pula. Dpt lah 1 baju, kain cotton mcm kain budak sekolah tu. RM40. Macam sedih je sbb ada jumpa yg lawa2 tp saiz pula xde. Takpelah. Syukurlah ada.

Oklah baju raya aku, aku beli kat First Lady. RM89. Dress biru. Lawa, ada bling2 kat pinggang. Aku suka sgt. X yah gosok cuma berat lah sikit. Thn lps pun beli kat First Lady Jalan TAR juga. Alkisahnya aku bajet bw duit sikit. Cukup2 RM70 mcm tu. Dgn niat x nak beli mahal2. Last2 berkenan dgn bj raya aku ni, nak x nak terpaksa susahkan abg yg tgh lepak kat Sogo utk bw duit lebih (hugs). Terharu sbb suami jenis x bising, dia kata ok n datang. Tak membebel dan x kedekut. Double gembira dpt baju yg diidamkan dan suami yg penyabar.

Baju raya 3 beranak😃😉

B4 gi First Lady ni aku ke Jakel. Nak tgk juga sbb famous kan, ramai cakap cantik. Nak2 ramai retis jd model nya. Sampai2 servis mmg tiptop, layan baik je. Sekali bila tgk baju nya sendiri, dgn mahal, pastu corak aku x berapa suka + harga semua nak RM199. Boleh beli kerusi meja kau. Gaji RM5000 seronoklah kot, aku suri rumah je. Dan baju2 yg tergantung dlm keadaan berkedut2 dan atas dia tag RM199. Mmg mcm hampeh je nafsu nak beli.

Biskut raya kami beli kat Hidayah Bakery kat jalan Setapak. Mak pilih dalam 2, aku beli 2 + 1 sbb Ammar jatuhkan 1 balang kuih. Tangan duk mencapai. Dgn rasa tggjwb aku beli. Balang tu retak kot. X kan nak buat bodoh. Oklah, murah2. Dlm RM18-RM22 mcm tu. Selebihnya biskut raya hasil pemberian kakak iparku. Dlm 7 jenis. Byk ooo. Kerepek dan rempeyek lg. Thn ni xde kacang. Air gas dlm 4 jenis dan prepare air kordial 1.

Malam raya, aku dan mak berhempas pulas kemas dan susun atur ruang tamu. Angkat meja kerusi, rak kasut lg, susun karpet dan sapu menyapu. Ok lah aku puas hati. Letih. Pagi td dh masak2 rendang. Aku sumbang 30% je tenaga. Selebihnya mak. Dh letih pagi, petang semua membuta kecuali aku cuci2 balang kuih raya dan cawan2. Cite malam raya balik. Hahaha. Call Satay Kajang. Nak order buat makan tetamu utk raya 1st. 150 cucuk. Dlm kul 10pm gi ke arah Danau Kota. Sesak sbb ada uptown. Aku terkejut bajet semua org duk rumah mengemas n expect kat Jalan TAR je mcm ni punya sesak. Nasib sempat sampai. Dh lah kedai tutup kul 11pm.

So itu sahaja persiapan raya. Panjang bebel. Tahun depan raya nak baca balik ni, buat kenangan dan panduan. Hihi




Sunday, 3 July 2016

27 years old

Assalamualaikum,

Syukur masih hidup, sihat, cukup makan pakai semua disamping insan2 tersayang. Tak sangka tarikh keramat, pada umur keramat 2/7 aku berusia 27 tahun. Seperti thn lps perasaan excited n special dh tiada. Maybe bila jd mak ni kita rasa lain kot. Tak mcm masa muda remaja dulu. Seronok sgt bila tiba tarikh 2 Julai. Betul2 dlm hati rasa aku ni birthday girl. Rasa seronok je spnjg hari. 

So dh request awal2 kat suami nak kad birthday. Ada nilai sentimental disitu. Dan kul 12.30 mlm aku terjaga setelah tidur kan Ammar. Suami ucap Selamat Hari Lahir. Haha. Aku blur2 je sbb br terjaga. Rasa sweet lah juga. Esok pagi, dia bg aku kad birthday. OMG! Actually aku terkejut sbb dia kan sakit dan selalu bersama bila keluar. Bila masa dia beli? Rupanya2 time aku gi beli langsir dgn mak kat Kaison, dia diam2 beli kat Popular. X terfikir lgsg. Baguslah. Aku hepi.

Kad birthday style budak menengah baru couple sebulan. Haha. Kene kutuk je suami aku ni. Kesian dia. Dan tudung hitam sempena nak sambung belajar kat GM. Kira hadiah hari jadi lah juga sbb dpt masa 2 Julai

Aku request hr tu nk kek dan domino. Kira mcm makan2 special utk aku sendiri makan. Haha. Aku ok dh mcm ni. Tak yah nak berparti sgt lah.

Classified chicken dan choc indulgence. Domino paling kecil dan 1 slice kek. Betul2 utk aku sorg makan.

Kebetulan 2 Julai jatuh hari Sabtu, so adik beradik balik berkumpul utk berbuka puasa bersama mak. Hbs riuh rendah rumah. Dgn cucu2 mak yg x leh duk diam termasuklah si Ammar. Letih2. Tp meriah lah. Just beli kek badam dr Hidayah Bakery. Murah je dlm RM8. Igt nk potong bg budak2 makan. Sbb kelam kabut n nak look after Ammar lg, terus lupa nak hidang.

Apapun syukur sgt suami dpt berita baik on that day. Rezeki x disangka2. Bonus 10 bulan. Syukur. So apalagi makin panjang request. Haha. Terkenang semua benda yg masih dipendam tak dpt lg. Sabar2. Nasib duit tu bukan dlm akaun aku, kalau tak mahu butang mata.

P/s: Walau aku macam agak annoy dgn umur ni sbb dh nak masuk 3 series, tp aku tetap harap yg ni atr umur terbaik aku dlm mencapai sst yg berguna dlm hidup. Doakan ye. Apapun #syukurselalu dan #berikanmasa