Assalamualaikum,
Ini khas utk anda diluar sana yg tgh cari idea, maklumat tentang cara nak sleep train anak dibiliknya sendiri. Senang kata nak pisah katil, bilik, buai. Kalau boleh anak kecil tu boleh tidur sendiri, lena sendiri. Cukup 8-10 jam straight je tidur tak kacau2 kita mak bapa yg nak berdengkur ni.
Aqeel ni mula awal juga pada usia 2 tahun 9 bulan berbanding abg nya. Nak2 mula ni tanpa sebab jelas mcm Ammar terpaksa sbb dh dpt adik. Aqeel ni aku start sbb rasa cukup2 lah aku berpisah katil dgn suami. Pagi petang siang malam dgn anak. Aku rasa macam agak ting tong dh. Hormon wanita tak balance. Duk jadi mak je 24jam. So aku tekadkan hati bila seru sampai aku nak pisah katil. Sejak berjaya wean off Aqeel aku ada satu confident bahawa tiada yg mustahil.
Selamat membaca
Bagaimana aku mula? Aku dptkan buku. Baca, dptkan maklumat, idea. Apa gaya aku boleh gunakan. Aku perlukan motivasi utk kekal tegas kasi sleep train anak. Tajuk buku: It's never too late to sleep train. Korang boleh google keluar free sedebuk buku. Aku siap beli ebook kat shopee. Adeih.
Lepas dh baca, idea jelasnya : Tulis goal kau, tempoh sleep train mesti kene hadap paling koman 1 minggu sebelum kau berputus asa. Jangan give up pada hari ke 3, setelah 2 hari anak menjerit terpekik terlolong. Jangan jadikan pengorbanan 2 hari kau dan anak kau hadapi sia2 saja.
Anak akan ada turning point apabila kau kenalkan habit baru. Terpekik terlolong merupakan satu proses pemberontakan yg maha dahsyat sblm dia berjaya menerimanya. Alahh mcm kau lah, tak dpt satu barang yg dihajati, atau barang online x dpt2 kau dh meronta2 memberontak, bad mood semacam kan sblm kau redha dan adapt yg ia akan sampai juga satu hari nanti. Hahah. Dhasyat perumpamaan aku.
Janji ada. Nak msk seminggu malas dah tulis. Haha jgn contohi perangai ini ya.
Aku punya plan structure nak kasi berjaya satu2 benda itu ialah.
1) Fokus : Nak sleep train anak dibiliknya sendiri.
2) Tempoh : 7 hari
3) Plan : Hias bilik anak sama2 lawa2, brainwash anak ulang kata2 perangsang utk dia tidur bilik sendiri, pukul brp tidur, ritual bedtime, kekal pada rutin@habit. So anak sedia mental what to expect.
4) Write it out plan kau. So kau sedar kau serious, suami tahu dan support.
5) Buat report apa berlaku semalam. So kau boleh analyze. Mcm buat experiment lah. Kau akan sgt serious not to make it work, but make it happened first.
6) Bila dh analyze br boleh baiki apa yg patut.
7) Doa mmg takkan putus dr mulut kau. Nak2 hati dh membara semangat dan geram dgn penentangan anak. Hahah. Sabar jelah..
Pastikan bila kau laksanakan latihan ini, tiada gangguan luar sprt nak pergi bercuti minggu depan, atau nak balik kampung, atau anak tgh sakit. Kau sendiri mak nya kau kenal anak kau, dan kemampuan nya. Ikut instinct. Yg aku maksudkan give up tu merujuk pada kau, bukan pada keadaan anak kau ya. Anak tu ok je siang, gelak xde koyak mental ke apa. Atau nampak sbrg perubahan sikap, kesihatan sbb pisah katil. So teruskan dgn tabah.
Apa aku boleh share ikut pengalaman, hari ke 4 baru nampak mcm "eh,eh,eh mcm lama pula anak aku lena. Bunyi dia gerak2 hempas2 badan tapi tak keluar bilik cari aku." Skodeng tengok boleh lena balik Perghh nikmat dia kau rasa sgt bermotivasi utk teruskan je sleep train. Tak ada istilah patah balik. Rasa berbaloi jap segala susah payah hadapi peperangan tidur dgn anak ni. Aku nak cite part best, supaya yg susah tu kau boleh expect tapi percaya lah sbg ibu ia still bearable. Mcm sakit beranak, sakit mcm nak mati, tp beranak juga kan? Ha mcm tu lah. Kata kunci: SABAR, KONSISTEN, KOMITED.
Selamat mencuba. You can do it mommy!