Monday, 17 October 2016

As budak G



Kau kenelah ikuti program dia walau waktu cuti.
Sekian




PICC sempena perasmian Asean Skills

Kat Shah Alam sempena Hari Sukan Negara

Main bowling di Selayang Mall anjuran BPP akak AKU!!

Hasil Jahitan

Assalamualaikum,

Saya sgt busy sampai hp pun x jengah langsung spnjg hari. Ni dh malam buta, terjaga, keje jahitan dh siap, dan xde cite best kat tv br lah jengah hp. Wasap group mmg x aktif. Rasa nak delete je. Hahaha. Berlagak. Alhamdulilah, aku x sangka aku sanggup commit mcm ni sekali utk jahitan. Yelah hampir setiap masa bersengkang mata, sanggup korbankan rehat dan mmg dtg je GIAT fokus 100% utk belajar dan of course siapkan.

Maybe sbb aku dh matang sikit + aku dh ada anak. So mmg x nak tangguh keje, takut2 kene stayback pula siapkan. So terasa lain lah perasaan accomplish kali ni. Puas plus lega. Yelah menjahit ni bukan macam keje sekolah yg tak siap, boleh tiru je. Nak tak nak kau kene paksa diri, siapkan. Tapi ttp best walau stress kadang2. Yelah budak baru belajar, byk x tahu dan jahitan of course x berapa nak kemas.

Awal2 igt, dlm 3 bulan je mampu bertahan. Tp rezeki aku, dpt mesin jahit kwn yg dh keluar. Mesin dia mmg best, aku mampu kawal dgn baik. So oklah, dpt menjahit dgn lancar. Kelas aku skrg dr asal 15 tinggal 12. 2 org berhenti dan seorg lg MC sbb accident motor, patah tangan. Sian dia.

So apa yg aku dh jahit since update yg lepas ialah...

Blouse

Baju korporat kau...hahah

Baju kurung tradisional

Kain senyum

Baju kurung moden

P/s: Kain kembang payung xde sbb x brp gembira dgn hasil sampai lupa nak ambil gambar.

Sunday, 9 October 2016

◎◎Bercuti ke Kuantan◎◎

Assalamualaikum,

Sempena birthday Ammar + cuti awal Muharram + nak ngelak ceramah Ahad di PWTC = jom jalan2 cari makan di Kuantan. Mmg last minute. Hari Sabtu pagi bertolak, Rabu sebelum tu baru booking bilik Hotel Sentral Kuantan. Ambil yg paling murah RM97. Katil queen tanpa breakfast.

Birthday Ammar 30 Sept. Takde apa yg istimewa kecuali surat dari ibu buat anaknya. Dan time nak berjalan ni lah, Ammar menunjukkan tanda2 demam suam kuku. Bagi ubat demam siap2 malam tu, dan syukur Ammar tak makin teruk. Just suam. So otw nak ke Kuantan igt nak singgah Kuala Gandah tgk gajah, last2 Ammar nampak macam lesu dan nak berpeluk. Terpaksa batalkan niat. Ikut suami, pergi je, tp sian lah kat anak ni. Perjalanan bermula seawal 10am, sbb b4 tu breakfast jap kat Batu Muda. Sampai Kuantan dlm 1.15pm.

First time kot lalu tol Gombak. Jem sikit je. Jalan pun mcm kecik. Patutlah jem teruk kalau nak balik kampung time cuti perayaan. Baru aku faham kenapa. So sampai2 Kuantan, kami terus cari Akob Patin House. Rasanya dia ada byk cawangan. Kami pergi yg dekat dgn hotel kami.
Akob Patin House


Kuantan mcm Melaka dan Penang. Jenis yg jalan sehala. So walau dlm maps boleh lalu, hakikatnya tidak. Berpusing2 juga nak cari hotel. Dari jauh suami nampak bangunan, dia merungut exterior bangunan. Sabar jelah. So sampai dlm 2.15pm. Parking kete ditempat sepatutnya kalau x nak kene saman. Kami masuk bilik ditingkat 2. Bilik so far ok utk aku. Kecik sikit dr apa aku bygkan. Toilet ok, nice. Ada 3 bantal. Channel tv pun ok dgn pilihan yg ada. Cuma karpet nampak buruk dan ada kesan cat sikit pada langsir. Overall puas hati dgn harga yg dibayar sempena musim cuti ni.
Ammar rasmikan katil. Nampak katil terus melompat. Ada 3 bantal. Sorang satu. Weeee


So petang tu lepas rehat2, kami ke Cendol Mustafa. Luas tempat parking dan kedai yg cukup luas. Boleh ramai pelanggan satu2 masa. Aku ordee cendol pulut + aiskrim dan suami order ABC. Hmm aiskrim buat spoil so aku buang tepi. Rasa ubat demam. ABC dan cendol pulut rasa normal macam kat kedai2 biasa. So takde apa nak di kecohkan. Sekian. Hahaha

Kami ke Teluk Cempedak nak fefeling angin pantai. Sekali jem nak parking. Ramai manusia. So ajak suami ke Pantai Balok. Jauh sikit, sbb x nak lemas dgn lautan manusia. Yg penting Ammar dapat bebas berlari di pantai. So kami tiba dan manusia serdang2 je. Cukup space utk kami berlari2.
Seronok Ammar dpt berlari bebas. Ibu ayah lah keletihan mengawal pergerakan si anak ni


Sampai kul 6.30pm kami bertolak balik. Otw hotel mata melilau tgk2 restoren utk diterjah dimalam hari. So nampak restoren Sara Tomyam Kitchen. Ada terbaca pasal restoren ni. Sampai hotel buat research lagi, dan confirm makan malam kami disitu. Dekat je dgn hotel. So apalagi order wajib sotong celup tepung. Suami order lauk apa ntah. Nama pada menu pakai bahasa Thai kot. Habuk tak paham. Tanya lebih kurang apa benda yg dimasak, suami pun order. Serious sedap kot aku suka. X ambil gambar lgsg sbb segan + lapar. Aku puas hati. Recommended.
Masuk percuma

Ammar dan si pelanduk cute miute..
Buat biasa, x heran dgn burung unta


Ada taman permainan...

Hari kedua, ni duk search nak lunch kat mana. Mmg target sama ada Pok Su Mok Su atau MABIQ. Sbb kan 1st choice penuh, kita ke MABIQ yg jauh ke dalam rumah2 org. Yelah ni kan tempat budak2 pondok. So suami ambil patin, aku ambil daging hitam. Kondensi dia mmg ramai juga org. Stail meja panjanh. So agak sempit dan panas mcm kat kenduri kahwin. Tempat kalau makan sedap, org dh tak heran tempat makan dia. Dlm pun sanggup diredah. Parking pun banyak. Bg aku oklah makanan dia. Air pun disediakan dlm tong. Banyak. Kau cedok je air apa kau nak. Nanti dh ambil makan semua, ada org dtg kira harga. So oklah.



Petang hari kedua duk bilik tgk astro. X sedap erut sbb minum air manis + sejuk. Mcm ni lah bdn mak2, senang x sedap bdn disebabkan pengambilan makanan atau minuman sejuk. Minta suami kul 6pm gi kedai Pok Su Mok Su beli udang celup tepung dan seangkatan dgnnya. Punya lama baru sampai bilik. Igt dh seronok2 melantak kay sana, rupanya jalan jem. Ahad petang katakan. Sampai kedai, penuh juga manusia siap habis lg sotongnya. Gi kedai depan beli. So brp nak umphhhh nak banding dgn dr Sara Thai's Kitchen. 

Malam tu kami ke Ana Ikan Bakar. Perut masih x sedap. Makan seafood byk sgt kot. Rasa sengal2 je abdomen, pinggang. Masuk angin kot. Tp gagah kan diri jejak tmpt yg sarat dgn org. Nyesal pun ada. Style meja panjang juga. Penuh org dlm 8pm. Sampai x tahu nak lalu celah mana. Suami pilih ikan pari masak petai sambal. Sotong celup tepung lagi. Dan lg satu lupa dh. Lama lah haiii tunggu. Ammar mula buat perangai. Aku dgn x sedap badan. Mmg dinner yg sadis buat kami bertiga. Kami gilir2 makan yg tahap sorg jg Ammar kat kete. Sedih pula makan sorg2. Waktu tu fikir, jgn bazir, paksa makan, balik cepat nak baring. Sighhhh.

Hari ketiga, kami breakfast kat Paparich. So rasa mcm tenang sikit ambience dia. Ammar still x senang duduk. Mcm biasa gilir2 makan. Tp enjoyable lah food dia. 

Lepas tu siap2, dlm 9am checkout. Kami nak kejar ke Kuala Gandah. Ganti balik hari Sabtu yg x berkesempatan nak singgah. Tp b4 tinggalkan Kuantan, kita jalan2 Park dia yg bersebelahan dgn hotel.
Gambar wajib, bukti dh sampai

Sweet, syg ayah dia

So, kami bergerak pulang, singgah Lanchang. Jalan dia senang je. Lurus je dan ada maps besar sejurus keluar dr tol. So dh sampai dlm tengahari buta. Gi kaunter sbb wajib daftar masuk dan hulur lH sumbangan ikhlas. Ammar is berani you... Happy tgk muka dia yg happy.

Tebu dlm 10 batang, Ammar je 7 batang. 

Minta lagi ayah. Seronok sgt tgk gelagat dia